KOTA BHARU: Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Kelantan sepakat 
untuk melaksanakan program membantu meningkatkan pencapaian murid dan 
pelajar seluruh negeri ini dalam penguasaan bahasa Inggeris.
 
Berikutan itu, jawatankuasa khas diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri 
(Adun) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik, ditugaskan merangka program 
yang akan membabitkan kerjasama dengan media berbahasa Inggeris.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata semua wakil 
rakyat BN kini diberi tanggungjawab melaksanakan tugas itu berikutan 
kemerosotan pencapaian murid dan pelajar negeri ini dalam bahasa 
Inggeris.

"BN negeri akan melancarkan kempen besar-besaran untuk membantu murid 
dan pelajar terutama sekolah luar bandar menguasai bahasa Inggeris, 
sekali gus meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan Ujian Pencapaian 
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Kita hendak tengok hasil peperiksaan pelajar dalam dua peperiksaan 
itu pada masa akan datang berada pada tahap lima yang terbaik iaitu 
setanding pencapaian di sekolah negeri lain," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian kepada selepas mempengerusikan 
mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tetap BN Negeri di pejabat Umno negeri, 
di sini, semalam.

Annuar berkata, pihaknya memilih bahasa Inggeris kerana punca 
kemerosotan pelajar negeri ini dalam UPSR dan PMR kerana kegagalan 
menguasainya terutama di pedalaman.

Katanya, masyarakat terutama ibu bapa tidak boleh menyerahkan usaha 
meningkatkan penguasaan anak dalam bahasa Inggeris kepada pihak 
sekolah dan jabatan saja, sebaliknya perlu bersama dengan Umno dan BN 
menjayakan matlamat itu.

"BN negeri akan berunding dengan The New Straits Times Press (NSTP) 
untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi penyediaan akhbar NST di 22 
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha meningkatkan 
penguasaan bahasa Inggeris.

"Kita akan cari kaedah terbaik seperti dilakukan NSTP dengan syarikat 
dan tokoh korporat menaja akhbar berkenaan untuk diagihkan ke sekolah 
yang dikenal pasti," katanya.//BH 10 Mac






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke