RMK-9 Untuk Kelantan Sebagai Penebus Dosa 
    
    
    

   
            Monday, 13 November 2006 
      KOTA DARULNAIM, 21 Syawal 1427 - Anggota Exco kerajaan negeri, Haji 
Zulkifli Mamat menganggap peruntukan sebanyak RM7.6 bilion yang diagih kepada 
Kelantan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sebagai usaha 'menebus dosa'.

Ini kerana katanya, sejak RMK1 hingga RMK8 tidak banyak peruntukan yang 
disalurkan kepada Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

"Sebab itulah kita menganggap RMK9 sudah terlewat 10 hingga 15 tahun kerana 
projek yang sepatutnya dijalankan di negeri ini baru hendak dimulakan. 
"Misalnya pembinaan Universiti Malaysia Kelantan sebenarnya perkara lama kerana 
kerajaan negeri telah meluluskan tapak di Tangok, Bachok pada awal 1980-an lagi.

"Begitu juga dengan projek petrokimia, kerajaan negeri sudah lama menyediakan 
tapak di Pantai Senok, Bachok, namun sehingga ke hari ini projek itu tidak 
dijalankan.

"Sedangkan sebelum ini ketika misi pelaburan ke luar negara, kerajaan mempelawa 
pelabur datang melabur dalam bidang petrokimia di negara ini. Namun tapak yang 
kita sediakan di Bachok tidak pula digunakan," katanya ketika menggulung ucapan 
menjunjung kasih bagi portfolionya di persidangan Dun hari ini.

Zulkifli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber 
Manusia berkata, Kelantan sudah lebih 16 tahun didera daripada menikmati 
pelbagai kemudahan yang sepatutnya.

Begitu juga katanya dengan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan 
Lebuh Raya Pantai Timur sepatutnya telah lama dilaksanakan.

"Kita pun hairan Lebuh Raya Pantai Timur yang dirancang kerajaan Pusat sehingga 
di Besut sahaja, seolah-olah Kelantan ini bukan berada di dalam Malaysia.

"Sepatutnya kita berfikiran lebih global dan tidak disempitkan dengan semangat 
kenegerian kerana Kelantan ditadbir oleh PAS," katanya.

Bagaimanapun kata beliau dengan kerjasama beberapa pihak swasta pembangunan 
tetap berlangsung di Kelantan termasuk pembinaan pelabuhan kecil di Tumpat yang 
sedang dijalankan sekarang.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri menghantar tiga siswazah bagi menimba 
pengalaman dalam bidang perniagaan di China dengan dibiayai sepenuhnya.

Katanya, baru-baru ini tiga siswazah yang dihantar selama dua bulan ke negara 
terbabit sudah kembali dan mereka boleh menggunakan pengalaman di China untuk 
dipraktikkan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md 
Anizam Abdul Rahman berkata, dalam tempoh RMK9 peruntukan sebanyak RM570 juta 
melibatkan 13 projek diurus di bawah Jabatan Kerjaraya Kelantan.

Selain itu, katanya pembinaan jajaran baru jalan raya Kota Bharu - Kuala Krai 
hanya mendapat peruntukan sebanyak RM150 juta.

"Sedangkan mengikut kajian konsultan jalan raya tersebut melibatkan kos 
kira-kira RM900 juta kerana ia turut melibatkan persimpangan bertingkat dan 
laluan empat lorong.

"Kalau hendak dikirakan jumlah RM150 juta itu hanya sekadar untuk kos pengambil 
balik tanah sahaja. Atau kalau jalan empat lorong yang dibina pun mungkin hanya 
sejauh 10 kilometer.

"Oleh itu kita berharap kerajaan Pusat mempertimbangkan peruntukan lebih besar 
bagi membolehkan jalan raya Kota Bharu - Kuala Krai dibina," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Fattah 
Mahmood mendedahkan pemimpin Umno di Tanah Merah menganjurkan program yang 
melibatkan persembahan artis secara terbuka dan secara jelas melanggar Enakmen 
Kawalan Hiburan, baru-baru ini.

Katanya, pada program itu dijemput penari lelaki dan wanita membuat persembahan 
di pentas terbuka.  
   
   
   
          Ar-Rahn Capai Modal Pusingan RM35 Juta 
    
    
    
   
          Monday, 13 November 2006 
      KOTA DARULNAIM, 21 SYAWAL 1427 - Modal pusingan sistem Pajak Islam (Ar 
Rahn) yang diuruskan Permodalan Kelantan Bhd (PKB) kini meningkat kepada RM35 
juta iaitu bertambah 600 peratus berbanding RM5 juta pada 1992.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji 
Zulkifli Mamat berkata, jumlah mereka yang bergadai di Ar Rahn sekarang 
sebanyak 45,000 orang berbanding 27,769 orang sebelumnya.

"Nilai gadaiannya pada 1992 sebanyak RM12.87 juta, pada 2005 (RM70.19 juta) dan 
sehingga September 2006 sebanyak RM60.8 juta," katanya ketika menjawab soalan 
Dato' Mustapa Mohamed (BN - Air Lanas) pada persidangan Dun hari ini. Menjawab 
soalan tambahan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS - Pasir Tumbuh) katanya, 
pajak gadai Islam di bawah PKB dikenali sebagai Ar Rahn dan Ar Rahnu pula 
diurus Bank Rakyat, Bank Pertanian dan Yapem.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 10 cawangan Ar Rahn di Kelantan dan lesen 
pajak gadai konvensional dengan sendiri akan berakhir selepas tamat tempoh 
lesennya.

Ketika menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN - Bukit Bunga) Zulkifli 
berkata, Ar Rahn di Pasir Puteh diurus bekas Pengarah Eksekutif PKB, Haji Abdul 
Aziz Nawi yang diserah secara MBO.

Katanya, langkah itu dibuat adalah antara usaha bagi melahirkan lebih ramai 
lagi usahawan yang berjaya dalam bidang profesional yang mereka miliki.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood 
berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan kursus solat membabitkan kakitangan 
kerajaan pada masa akan datang.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamed Daud (PAS - Demit) katanya, kursus 
kesedaran solat akan diperluaskan lagi memandangkan sambutan dan kesan yang 
positif diterima.

"Kalau sebelum ini kita hanya babitkan remaja dan belia sahaja dalam kursus 
bulan sembahyang yang diadakan setiap bulan Rejab, namun pada masa akan datang 
kita akan libatkan sama kakitangan kerajaan," katanya.

Menjawab soalan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS - Chetok) katanya tidak ada 
permohonan untuk keluar agama Islam di Kelantan sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd 
Amar Abdullah pula berkata, program khemah ibadat diadakan di kalangan 
pelajar-pelajar sekolah agama bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

Ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS - Tanjung Mas) katanya, kursus 
kepimpinan kepada guru-guru juga diadakan dari semasa ke semasa.  
   
          MSN Tidak Bersungguh - EXCO 
    
    
    
   
          Tuesday, 14 November 2006 
      KOTA DARULNAIM, 22 Syawal 1427 - Kerajaan Negeri amat berasa kesal kerana 
tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Sukan Negeri dalam agenda 
pembangunan sukan.

Pengerusi J/K Wanita, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, YB Abdul Fatah Mahmood 
selaku orang yang bertanggungjawab dalam agenda tersebut, menyatakan bahawa MSN 
tidak mengota janjinya apabila langsung tidak mengemukakan tarikh untuk 
berbincang dengan jawatankuasa beliau sebagaimana dijanjikan. "Hubungan 
Kerajaan Negeri dengan MSN kelihatan memberangsangkan semasa Anugerah SUKMA 
hari itu, tapi kita masih tidak dipanggil untuk berbincang sebagaimana 
dijanjikan", jelas beliau semasa menjawab soalan yang diutarakan oleh YB Mohd 
Zaki, ADUN Kelaboran.

Beliau amat berharap agar hubungan ini dapat dijalinkan dengan baik demi 
kepentingan pembangunan sukan Negeri Kelantan.

"Yang ramai datang bertemu kita adalah pengerusi-pengerusi badan sukan, tapi 
ayah kepada pengerusi-pengerusi badan sukan ini tidak pula hendak berbaik 
dengan kita", tambah beliau. 
   
          Ar-Rahn Capai Modal Pusingan RM35 Juta 
    
    
    
   
          Monday, 13 November 2006 
      KOTA DARULNAIM, 21 SYAWAL 1427 - Modal pusingan sistem Pajak Islam (Ar 
Rahn) yang diuruskan Permodalan Kelantan Bhd (PKB) kini meningkat kepada RM35 
juta iaitu bertambah 600 peratus berbanding RM5 juta pada 1992.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji 
Zulkifli Mamat berkata, jumlah mereka yang bergadai di Ar Rahn sekarang 
sebanyak 45,000 orang berbanding 27,769 orang sebelumnya.

"Nilai gadaiannya pada 1992 sebanyak RM12.87 juta, pada 2005 (RM70.19 juta) dan 
sehingga September 2006 sebanyak RM60.8 juta," katanya ketika menjawab soalan 
Dato' Mustapa Mohamed (BN - Air Lanas) pada persidangan Dun hari ini. Menjawab 
soalan tambahan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS - Pasir Tumbuh) katanya, 
pajak gadai Islam di bawah PKB dikenali sebagai Ar Rahn dan Ar Rahnu pula 
diurus Bank Rakyat, Bank Pertanian dan Yapem.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 10 cawangan Ar Rahn di Kelantan dan lesen 
pajak gadai konvensional dengan sendiri akan berakhir selepas tamat tempoh 
lesennya.

Ketika menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN - Bukit Bunga) Zulkifli 
berkata, Ar Rahn di Pasir Puteh diurus bekas Pengarah Eksekutif PKB, Haji Abdul 
Aziz Nawi yang diserah secara MBO.

Katanya, langkah itu dibuat adalah antara usaha bagi melahirkan lebih ramai 
lagi usahawan yang berjaya dalam bidang profesional yang mereka miliki.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan Mohamood 
berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan kursus solat membabitkan kakitangan 
kerajaan pada masa akan datang.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamed Daud (PAS - Demit) katanya, kursus 
kesedaran solat akan diperluaskan lagi memandangkan sambutan dan kesan yang 
positif diterima.

"Kalau sebelum ini kita hanya babitkan remaja dan belia sahaja dalam kursus 
bulan sembahyang yang diadakan setiap bulan Rejab, namun pada masa akan datang 
kita akan libatkan sama kakitangan kerajaan," katanya.

Menjawab soalan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS - Chetok) katanya tidak ada 
permohonan untuk keluar agama Islam di Kelantan sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd 
Amar Abdullah pula berkata, program khemah ibadat diadakan di kalangan 
pelajar-pelajar sekolah agama bagi melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

Ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS - Tanjung Mas) katanya, kursus 
kepimpinan kepada guru-guru juga diadakan dari semasa ke semasa.  
   
          Maahad Tahfiz Wal Qiraat Untuk Setiap Jajahan 
    
    
    
   
          Tuesday, 14 November 2006 
      KOTA DARULNAIM, 22 Syawal 1427 - Kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan 
dalam memastikan generasi akan datang lahir sebagai ulama' dan umara terserlah 
apabila merancang untuk mewujudkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) di 
setiap jajahan di Kelantan.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh YB Mohd Amar selaku Pengerusi J/K Penerangan, 
Pendidikan, Sains & Teknologi sewaktu menjawab soalan daripada YB Hj Mohd 
Sukhri, ADUN Kadok.

"Kita merancang untuk mewujudkan sebuah MTAQ di setiap jajahan dan pada tahun 
hadapan, insya Allah akan dibuka dijajahan Tumpat di Berangan yang sedang 
digunakan oleh Maahad Tahfiz Sains (MTS)," jelas beliau. Setakat ini, terdapat 
3 buah MTAQ dan sebuah MTS yang sedang beroperasi di Negeri Kelantan.

Bagi memasuki MTAQ, pelajar perlulah mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR, 
boleh membaca Al-Quran dan jawi dan setiap pelajar perlu menduduki ujian 
kelayakan yang mana salah satu ujiannya calon akan diberikan satu surah dan 
perlu menghafalnya dalam masa 30 minit.

Bagi MTS pula, syaratnya sama cuma calon tidak perlu menduduki ujian hafalan 
dan bermula Januari 2007, MTS akan berpindah operasinya di bangunan barunya 
yang baru siap di Tanah Merah sebagaimana dirancangkan.

Kos pembinaan sekolah Maahad Tahfiz Sains itu dianggarkan bernilai RM11 juta.
  //UPKN

   

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke