Dalam sibuk Umno menjalankan perhimpunannya di PWTC di Kelantan, 
Dewan Undangan Negeri nya sedang bersidang bagi sessi Belanjawan 2007.

Hari in adalah hari terakhir dan sebentar tadi saya sempat mengikuti 
sessi penggulungan pihak kerajaan negeri melalui Kelantan TV di 
http://www.kelantan.tv/ sehinggalah siarannya terganggu.

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah pencapaian kerajaan negeri 
Kelantan di bawah kerajaan PAS yang sangat membanggakan kita. Menurut 
Dato Hj Husam Musa EXCO Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, 
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, kerajaan Kelantan telah berjaya 
memperolehi pencapaian yang baik bagi tahun kewangan 2005.

Menurut laporan, kerajaan Kelantan menjangkakan ianya akan 
memperolehi defisit bagi tahun 2005 sebanyak RM35juta, akan tetapi 
hasil dari perbelanjaan dan kutipan hasil yang berhemah ia telah 
berjaya memperolehi lebihan ataupun surplus sebanyak RM170,000 
(walaupun nampak kecil tapi jarang-jarang ada kerajaan negeri yang 
memperolehi surplus sebegini)

Manakala dalam belanjawannya untuk tahun 2005 ia menjangkakan akan 
berjaya mengutip hasil sebanyak RM276.82 juta akan tetapi hasil dari 
kesungguhan kerajaan negeri sebanyak RM318.06 juta telah berjaya 
dipungut. Ini merupakan satu pencapaian yang besar yang saya kira 
antara negeri yang terbaik di Malaysia dan sudah pasti kerajaan 
negeri ini juga adalah yang terbaik bagi Kelantan sejak Merdeka.

Kelantan selama ini dianak-tirikkan oleh semua pihak khasnya kerajaan 
Persekutuan yang dikuasai Umno/BN atas alasan ianya adalah kerajaan 
pembangkang. Semalam pun kita mendengar wakil Umno dari Kelantan 
berucap di PWTC bahawa PAS adalah musuh mereka nombor satu.

Tiba-tiba parti yang dikatakan tiada pengalaman, parti tok lebai, 
parti yang tak boleh bawa kemajuan dan pembangunan, parti pemecah-
belah masyarakat rupa-rupanya begitu beramanah dan menguruskan wang 
rakyat dengan begitu berhemah dan cemerlang!

PAS Kelantan telah berjaya membuktikan bahawa dasar Membangun Bersama 
Islam mereka berjaya membawa kejayaan bagi negeri tersebut.

Saya kira sudah tiba masanya masyarakat Malaysia khasnya masyarakat 
Melayu/Islam melihat perkembangan ini dan membuat perbandingan ikhlas 
dengan kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN. Kalau 
dalam keadaan terkekang dan tertekan, kerajaan negeri PAS Kelantan 
boleh memperolehi kejayaan cemerlang seperti ini bayangkanlah kalau 
mereka menguasai negeri-negeri lain dan menyumbang pula dalam 
kerajaan persekutuan yang baru!

Umno di PWTC sedang bergelut dengan masalah perpecahan, rasuah, dasar 
ekonomi dan pencapaian Bumiputera, berbuih mulut mengulangi perkara 
yang sama dari tahun ke tahun. Tetapi di Kelantan kita melihat 
sekelompok bangsa Melayu/Islam lain yang lebih kecil dari Umno, 
tetapi berjaya mengurus rakyat dan negeri yang diamanahkan kepada 
mereka dengan cermat, baik dan berjaya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berfikir dan memberi peluang 
kepada mereka yang lebih tulus dan ikhlas, yang lebih layak dan 
berwibawa. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita merenung dan 
merealisasikan ayat Allah dalam surah al Maaidah ayat 54-56:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling 
tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia 
kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat 
lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas 
gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-
sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang 
yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang 
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha 
Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-
orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, 
sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang 
beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya 
golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap 
menang.

dari Blog Roslan SMS


Kirim email ke