Ya Allah... takutnyer...  bacalah sampai habis..
sekejap jer.. x sampai 5minit.. (dikesempatan mari lah
kita bermaafan dan mohon hidayah & keredhaanNya dalam
mengharungi kehidupan di dunia ini. Amin)

..: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.a.w.:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak
layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam
itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu baju ahli 
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai
ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air
panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi
selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga 
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.
sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pesan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala
nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?" 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi 
s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara
dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan
minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat 
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1.    Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.    Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3.    Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4.    Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5.    Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.    Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7.    Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok
zarqum

8.    Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
ekor ular

9.    Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
 mengandungi 
lautan racun yang hitam pekat.

10.   Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11.   Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita 
semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan
peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami,
anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam
dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya
kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA
ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu
YA ALLAH.  Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat
kami dan
terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan
RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat.."



 
____________________________________________________________________________________
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. 
Try the Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html 

Kirim email ke