Kuala Lumpur, 7 Mei - Majlis "TTemu Mata Anak Kelate" yang dianjurkan oleh 
Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) dapat sambutan yang 
menggalakkan apabila lebih 2000 orang warga Kelantan diperantauan dari pelbagai 
bangsa hadir pada majlis tersebut semalam.
   
  Majlis tersebut yang di adakan di Sekolah Rendah Agama Al-Amin Gombak telah 
dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan 
Teknologi, Nik Mohd Amar Abdullah yang juga mewakili TG Menteri Besar Kelantan 
yang tidak dapat hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan 
Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan 
Negeri, Ust Abdul Rahman Yunus,   Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri 
(BBC), Zainuddin Awang Hamad dan beberapa pegawai kerajaan negeri. Turut hadir 
si cilik pintar matematik, adik Adi Putra Abdul Ghani.
   
  Disamping menikmati jamuan gulai kawah, pengunjung juga telah dihiburkan 
dengan persembahan dikir barat dan seni mempertahankan diri. Setiausaha 
Perakan, Ir Hamzah Abd Rahman juga sempat membuat mempersembahkan seni 
mempertahankan diri ala ‘samurai’ yang mendapat tepukan gemuruh sidang hadirin.
   
  By Lesco
   

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke