ULASAN BUKU:
Judul: Kebenaran Mutlak:
Memahami Kesempurnaan
Pengarang: Malim Ghozali Pk
Penerbit: Seladang Books
Harga : RM59
Pengulas : Dr.Talib Samat
Memahami Keagungan
Ayat-ayat al-Quran Secara Saintifik
Kemunculan buku Kebenaran Mutlak:Memahami
Kesempurnaan yang dihasilkan
Malim Ghozali Pk hasil penyelidikannya lebih
sepuluh tahun merupakan
suatu petanda positif kemampuan pemikir-pemikir
Melayu untuk menandingi
kemampuan pemikir-pemikir Barat yang sememangnya
boleh dicabar penemuan-
penemuan mereka dalam bidang saintifik.
Penghasilan buku yang
sangat tinggi nilainya dalam menyuburkan
sains al-Quran menerusi buku Kebenaran
Mutlak:Memahami Kesempurnaan
2006. yang dilakukan oleh penulis kreatif Malim
Ghozali Pk atau nama
sebenarnya Mohamed Ghozali Abdul Rashid
membuktikan keunggulan
pemikir Melayu bersaing dengan hasil kajian
saintis Barat yang sering
memandang remeh pencapaian ilmu orang Islam.
Buku Kebenaran Mutlak
Memahami Kesempurnaan(versi Melayu)
hasil kajian teliti dan mendalam Malim Ghozali
Pk terhadap pelbagai
rahsia sains al-Quran yang terungkap dalam
al-Quran, rahsia bilangan
solat, tawaf,haji,6666 ayat al-Quran dan
bukti-bukti matematik dan
saintifik makna amalan umat Islam yang
diungkapkan dalam buku ini
berupaya membuka minda dan jiwa umat Islam agar
lebih mencintai ilmu
pengetahuan.
Dalam suasana masa
kini dan gelombang kesedaran
kerajaan untuk meningkatkan kesedaran saintifik
dan matematik berasaskan
sains al-Quran,buku ini berupaya membakar semangat
dan cara berfikir umat
Islam agar mencintai ilmu pengetahuan dan bekerja
keras membangunkan
tamadun Islam ke arah kegemilangannya.
Dalam suasana
intelektual dan sarjana lslam masa kini yang
terlalu kurang dalam menghasilkan buku yang
berupaya membersihkan rohani
dan jasmani agar beriman kepada Allah, sumbangan
dan kehadiran buku ini
sangat besar maknanya dalam menghidupkan tradisi
ilmu Islam.
Kemunculan buku ini
berupaya membuktikan apa yang
terkandung dalam al-Quran itu boleh dibuktikan
secara saintifik dan
matematik yang menunjukkan apa sahaja ayat-ayat
Allah itu memnpunyai
rahsia dan hikmah yang tersendiri.Bukan diletak
begitu sahaja oleh Allah
S.W.T yang diteliti dengan rapi oleh Malim
Ghozali Pk menerusi bukunya ini
yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris.
Keunggulan buku ini
dalam mentafsirkan Surah-surah al-Quran
secara saintifik untuk membuktikan kebesaran
ciptaan Allah yang di luar
jangkauan fikiran manusia biasa boleh ditelusuri
dengan meneliti kandungan
buku ini bab demi bab secara tertib.
Dalam Bab Prolog
difokuskan "Usaha Mencari Sains
Al-Quran". Bab 1 difokuskan "Ambil Kira Yang
Ghaib" dengan menumpukan
perbincangan di segi puji-pujian dan salam
penghormatan,Yang Nyata dan
yang Ghaib,Yang Kelihatan dan Yang Tersembunyi",
Cahaya Kelihatan dan yang
tidak kelihatan, imbang dan lawan imbang, alam
semesta yang mengembang,
konsep pasangan, model piawaian, logik dan antilogik
dan putaran electron.
Manakala dalam Bab 2
dipusatkan perbincangan tentang
Al-Quran,nisbah emas(the golden ratio dan
trnsformasi Ghoz Gt)).Dalam bahagian
ini difokuskan pengertian nisbah emas,angka-angka
Fibonacci dan alam
semulajadi, pengungkaian misteri nisbah emas,
kesucian Al-Quran,
kunci panca Illahiah dan 6666.
Manakala dalam Bab 3
ditumpukan perbincangan tentang Surah
Al-Fatehah,Surah Ar-Rahman dan Muqatta'at dengan
mengaitkan huraian tentang
pusat graviti,analisis beban dan analisis asakan
tekanan Surah Al-Fatehah,
keindahan tersembunyi Surah Ar-Rahman, huruf-huruf
muqatt'at, huruf-huruf yang
membentuk perkataan Quran,maklumat dan ilmu.
Manakala dalam Bab 4
difokuskan perdebatan tentang bulatan
dan misteri pi dengan mengaitkan huraian mengenai
ketentuan dalam prinsip
ketidaktentuan,,model FnC, kenapa 21, teorem
bulatan, tawaf:konsep bulatan
sempurna,lokus jemaah ketika mengerjakan
tawaf,pergerakan cahaya:teori
gelombang,kelajuan cahaya C,model keseimbangan
Ghoz(GEM),pi:mengukur yang
tidak mungkin terukur.
Manakala dalam Bab 5
difokuskan huraian tentang titik
paling padat: dinamo kehidupan dengan mengaitkan
penjelasan tentang
konsep titik paling padat, meninjau semula
"lubang hitam", teori string,
teori talian Ilahiah dan 11 dimensi alam
semesta.
Manakala dalam Bab 6
difokuskan perbincangan ilmiah
tentang sistem suria: 9,10 atau 11 planet
dengan menghubungkaitkan
tentang sumbangan ahli-ahli ilmu falak Islam
danmimpi Nabi Yusuf a.s mengenai
11. planet dalam ( Surah Yusuf:4).
Buku ini diakhiri
dengan epilog yang berupa catatan-catatan
kenangan menghasilkan buku ini dan puisi
"Terbangun Di Tengah Malam"
yang puitis dan merangsang pembaca berfiir tentang
kebesaran Allah
selaku Pencipta alam ini.
Mungkin sepanjang 50
tahun kemerdekaan Malaysia inilah
satu-satunya buku yang membicarakan secara
saintifik dan ilmiah rahsia
sains al-Quran yang ditulis oleh warga Malaysia
yang berupaya mencabar
sintis-saintis atau pemikir Barat yang sering
memandang rendah
pencapaian ilmu umat Islam.Malim Ghozali Pk
membuktikan orang Melayu
dan umat Islam di Malaysia juga boleh
menghasilkan teori-teori ilmu
yang luar biasa dan cemerlang.
Saya pernah mengikuti
Malim Ghozali Pk berceramah tentang
penemuan-penemuan terbarunya tentang sains
al-Quran seperti terkandung dalam
buku ini di beberapa buah masjid di Kuala
Kangsar dan Ipoh menggunakan
kaedah moden di samping mempromosi buku ini
secara langsung ke tengah
masyarakat pembaca dan umat Islam yang
meminatinya.
Usaha-usaha serius
dan berterusan Malim Ghozali Pk
berceramah tentang buku ini di pelbagai masjid
dan institusi ilmu di negara
ini membuktikan keseriusannya memasyarakatkan ilmu
ke tengah masyarakat.
Kesungguhannya mempopularkan buku ini juga
dilakukan menerusi media
elektronik untuk menyedarkan kefahaman masyarakat
tentang konsep sains
Islam berasaskan kitab suci al-Quran ajar
diteladani oleh para penulislain
agar buku karangan mereka diketahui dan dibaca
oleh pembaca secara meluas.
YANG BERMINAT BUKU INI CALL 0123192053 MAZUKI
____________________________________________________________________________________
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091
[Non-text portions of this message have been removed]