Dipetik daripada : www.tintarona.blogspot.com WACANA : Berkarya Secara Strategis Sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan akan mengadakan satu wacana ilmu pada 11 Ogos 2007 (Sabtu) bertempat di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur. Wacana sehari ini akan menampilkan tokoh pembicara berwibawa dalam bidang masing-masing antaranya Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis), pakar ilmu logik & falsafah, pensyarah di Fakulti Sains dan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md Zain, pakar sejarah seni Islam dan merupakan pensyarah di UiTM. Selain itu peserta turut berpeluang berdiskusi dengan pihak penerbit dalam sesi bersama Editor Kanan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Puan Nor Azah Abd Aziz. Antara kupasan yang akan dibawa di dalam wacana ini ialah, 'Ilmu logik sebagai alat untuk menjernihkan pemikiran,' yang akan dibentangkan oleh Dr. Amida dan juga 'Bahasa Visual dalam seni tampak: suatu inspirasi kepada seni sastera,' oleh Dr. Dzul Haimi. Manakala sesi bersama editor pula akan memberi pendedahan mengenai usaha pencarian karya terunggul. Oleh kerana tempat adalah terhad, peserta yang berminat diminta segera menghubungi sekretariat En. Rozlan Mohamed Noor atau Puan Nur Azah di talian 03-92856577. Yuran penyertaan sebanyak RM90.00 termasuk makan minum serta bahan-bahan edaran.
email: [EMAIL PROTECTED] Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- We've Got Your Name at http://www.mail.com! Get a FREE E-mail Account Today - Choose From 100+ Domains [Non-text portions of this message have been removed]
