Dengan dukacitanya dimaklumkan pada pagi 14 Julai 2007 Sahabat baik saya yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pesisir, seorang penulis, seorang novelis, seorang guru , seorang ahli egroup , seorang pemberita sambilan Sinar Harian, seorang aktivis masyarakat setempat di Kg. Kok Pasir , Tumpat , Sdr. Mohd Sukari Abd Rahman atau Khaufi Rajaei telah kembali ke rahmatullah setelah dimasukkan ke Hospital Gua Musang setelah pengsan pada awal malam tadi.
Dikhabarkan bahawa beliau akan dikebumikan di kampung kelahirannya di Banggol Setul, Pasir Mas . AlFatihah. Ediramle Ismail
