Semasa pakdo muda-muda dulu , pakdo berkembara juga di beberapa tempat di semenanjung. Ketika itu belum ada kemudahan sms, belu ada kemudahan e-mel dan internet. yang ada telefon rumah, itupun jarang-jarang rumah yang ada.
Telefon publik sebatu dua baru ada itu pun serupa juga hok ada hari ini sering beronar , tercabut sana , tercabut sini. Pakdo belum lagi kahwin dengan makdo, semasa itu pakdo hantar surat kepada makdo dan hantar surat ni kadangkalanya makan masa seminggu baru sampai. nak gi pos pun berbatu-batu jauhnya. Boleh dikatakan agak sukar untuk berhubung ketika itu. Tapi dengan tulis surat ni ada nilai yang mungkin tidak ada pada e-mel atau sms. Ada saing-saing pakdo yang bubuh bedak wangi dalam sampul surat yang dihantar kepada gewang-gewang mereka. Pakdo tak bubuh bedak, pakdo guna kertas kajang saja. Pakdo nok ceritanya ialah zaman sekarang ni, untuk berhubung menjadi mudah kiranya kita dapat kuasai sedikit sebanyak kemudahan teknologi seperti teknologi handphon dan teknologi komputer serta internet. Kita boleh jalin kembali persahabatan yang mungkin telah lama tak berjumpa Hormat selalu daripada Pakdo
