Minta maaflah mencelah. Sebelum tu nak bagi salam kepada pakdo. Assalamualaikum.
Mungkin pakdo tak kenal saya, tetapi oleh kerana selalu sangat luahan hati
pakso masuk dalam emel saya, lalu tergerak hati untuk berkenalan dengan pakdo.
Harap pakdo terima saya sebagai kawan, walaupun usia kita akan berbeza. Apapun,
kata orang tua-tua, usia bukan penghalang untuk kamu berkawan dan memilih
kawan, asalkan dengan niat dan nawaitu yang ikhlas, tulus dan suci.
Pakdo,
Caro pakdo menulis dan mengimbaukan kisah-kisah lalu mengingatkan saya ketika
diusia hingusan dulu. Semua yang pakdo cerita tu ada kena mengena dengan
kehidupan lampau saya. Contohnya, menulis surat cinta pada gewe dengan bubuhkan
bedak supaya bau wangi.
Ini cepat-cepat mengingatkan saya akan kisah di bangku sekolah dulu terutama
apabila saya berkenan pada seorang perempuan. Ketika itu nak tulis ayat cintan
cintan ni memang bekulah. Tak tau nak mula dimana dan nak kata apa. Tetapi hati
mendesak untuk mencintai gadis itu.
Akhirnya saya terpaksa menceduk bahasa surat yang teramat romantis dalam
novel Saga dan Hartini untuk diterjemahkan dalam surat yang hendak dikirimkan
kepada gadis yang saya berkenan itu.
Itu kisah lalu yang hampir saya lupa. Tetapi apabila baca coretan pakdo, ia
segera mengimbaukan kembali nostalgia lama.
Pakdo, saya caya lu lah.
"Pakdo, Tumpat" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Semasa pakdo muda-muda dulu , pakdo berkembara juga di beberapa
tempat di
semenanjung. Ketika itu belum ada kemudahan sms, belu ada kemudahan e-mel
dan internet. yang ada telefon rumah, itupun jarang-jarang rumah yang ada.
Telefon publik sebatu dua baru ada itu pun serupa juga hok ada hari ini
sering beronar , tercabut sana , tercabut sini.
Pakdo belum lagi kahwin dengan makdo, semasa itu pakdo hantar surat kepada
makdo dan hantar surat ni kadangkalanya makan masa seminggu baru sampai.
nak gi pos pun berbatu-batu jauhnya.
Boleh dikatakan agak sukar untuk berhubung ketika itu. Tapi dengan tulis
surat ni ada nilai yang mungkin tidak ada pada e-mel atau sms.
Ada saing-saing pakdo yang bubuh bedak wangi dalam sampul surat yang
dihantar kepada gewang-gewang mereka. Pakdo tak bubuh bedak, pakdo guna
kertas kajang saja.
Pakdo nok ceritanya ialah zaman sekarang ni, untuk berhubung menjadi mudah
kiranya kita dapat kuasai sedikit sebanyak kemudahan teknologi seperti
teknologi handphon dan teknologi komputer serta internet.
Kita boleh jalin kembali persahabatan yang mungkin telah lama tak berjumpa
Hormat selalu daripada Pakdo
---------------------------------
Bored stiff? Loosen up...
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
[Non-text portions of this message have been removed]