Saya bersetuju agar kita fikirkan sesuatu untuk persatuan bagi meneruskan kelangsungan bagi melahir dan mengekalkan penulis dalam bidang penulisan melalui pesisir.
Memandangkan aktiviti perlu dijalankan dengan sumber kewangan maka kita perlukan adalah sumber kewangan. Sebagai tindakan awalnya salah satunya kita harus meminta dengan mereka yang ada dan merasa bidang penulisan itu penting. Kita boleh juga adakan aktiviti sebagai contohnya sayembera penulisan dan kalau ada penaja , kita akan mampu buat. Sebelum ini telah banyak kali juga kita memohon sumbangan tapi kebanyakannya tak menjadi. Seperti bidang penulisan orang rasa tak penting berbanding sukan contohnya. Siapakah pesisir, kalau kita lihat sejak awal penubuhannya, pesisir adalah sangat sebati dengan Cikgu Wel yang juga ketua 1 sejak hampir awal penubuhannya. Kalau ada sesuatu penghargaan untuk beliau rasanya adalah sangat berpatutan. Lepas Cikgu Wel orang-orang yang sangat berjasa kepada pesisir antaranya Sdr. Azlee Lee, Hashim Latiff, Asmui Mustafa, Awang Abdullah, Nafie Mat, Wilai Ah Jok, Anuar Musa, Nik Azman , Hj. Ahmad Mohd Yunos, Manzaidi, Hanuman Supian, Eh Deng Eh Chik, Daud Muda ,Hashim Abdullah dan termasuk semua yang pernah memegang AJK dan ahli yang pernah membantu pesisir. Pihak-pihak penerbitan juga sangat berjasa kepada pesisir. * PS : Untuk ketua 1, Saya nak minta nombor akaun Bank Persatuan untuk diletakkan di pesisir.net , kalau pesisir tidak keberatan kita minta sumbangan sedikit sebanyak kiranya ada mereka yang ingin menyumbang ke arah memajukan bidang penulisan yang sangat-sangat-sangat penting ini. > Kepada ahli pesisir yang berjaya menempa nama dalam dunia penulisan. Tidak > kira penulisan novel, puisi, kewartawanan, guru dan apa-apa saja > bidang...Saya cadangkan kita memikirkan sesuatu hadiah untuk dihadiahkan > kepada persatuan yang telah banyak memberi bimbingan dan didikan sehingga > kita berjaya sampai ke tahap yang kita nikmati hari ini. > > Pada saya Pesisir adalah ibu dan ayah kedua kita selain ibu dan ayah > kandung. Pesisir telah membesarkan kita dalam dunia penulisan sehingga > kita berjaya. Jadi, apa salahnya kita fikirkan sesuatu untuk persatuan. > Sama-samalah fikir dan kemukakan cadangan untuk kita bincangkan secara > sihat dalam alam ini. > > Sekian, terima kasih. SELAMA HARI RAYA AIDILFITRI. > > Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Bertuah Pesisir dinaungi oleh orang2 berpengalaman selain > digauli oleh > mereka yang cukup berpengalaman dalam dunia penulisan. Saya kira komuniti > pesisir mejangkaui sempadan yang luas, demikian sempadan ilmunya. > Ikatannya cukup kuat untuk mendokong aspirasi sebuah persatuan penulis. > Pesisir ada tokoh pendidik di dalamnya. Pesisir ada penulis sepenuh masa > / separuh masa / wartawan /editor/ ada yang tegar dalam dunia penerbitan > buku. Malah tidak kurang tauke2 buku juga. Saya kira persatuan yang kecil > ini mampu memberi impak yang besar dan sepatutnya ada pihak dah b
