Man, minta tolong siarkan berita ini: Persembahan Saadong, Sajak & Syair dan
Perjumpaan Aidil Fitri - Persatuan Penulis Kelantan (PPK) 1428H. Semua dijemput
hadir, ahli PPK dan NGO Persatuan Penulis, PESISIR, GEMA, PUSPA, ASWADA, KASUT,
JASTERA. Bertempat di Gelanggang Seni, Jalan Mahmood, Kota Bharu pada 3 Syawal
1428 H bersamaan 15 Oktober 2007, hari Isnin. Pukul 9.00 pagi hingga 12.30
tengah hari. Majlis akan dirasmikan oleh Encik Ismail Yusof, Pengarah
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan. Deklamator tersohor anak
kelahiran Kelantan akan mempersembahan sajak dan puisi tradisional.
Terima kasih, Man, kalau tak tolong, saya nak minta kerjasama dengan siapa
lagi. Haran Sinar Harian memberi laluannya.
SELAMAT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kepada ahli pesisir yang berjaya menempa nama dalam dunia penulisan.
Tidak kira penulisan novel, puisi, kewartawanan, guru dan apa-apa saja
bidang...Saya cadangkan kita memikirkan sesuatu hadiah untuk dihadiahkan kepada
persatuan yang telah banyak memberi bimbingan dan didikan sehingga kita berjaya
sampai ke tahap yang kita nikmati hari ini.
Pada saya Pesisir adalah ibu dan ayah kedua kita selain ibu dan ayah kandung.
Pesisir telah membesarkan kita dalam dunia penulisan sehingga kita berjaya.
Jadi, apa salahnya kita fikirkan sesuatu untuk persatuan. Sama-samalah fikir
dan kemukakan cadangan untuk kita bincangkan secara sihat dalam alam ini.
Sekian, terima kasih. SELAMA HARI RAYA AIDILFITRI.
Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Bertuah Pesisir dinaungi oleh orang2 berpengalaman selain digauli oleh
mereka yang cukup berpengalaman dalam dunia penulisan. Saya kira komuniti
pesisir mejangkaui sempadan yang luas, demikian sempadan ilmunya.
Ikatannya cukup kuat untuk mendokong aspirasi sebuah persatuan penulis.
Pesisir ada tokoh pendidik di dalamnya. Pesisir ada penulis sepenuh masa
/ separuh masa / wartawan /editor/ ada yang tegar dalam dunia penerbitan
buku. Malah tidak kurang tauke2 buku juga. Saya kira persatuan yang kecil
ini mampu memberi impak yang besar dan sepatutnya ada pihak dah boleh
bukak mata luas2. RMN: bertuah menjadi salah seorang ahli pesisir.
[IMAGE]
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
www.tintarona.blogspot.com
--
We've Got Your Name @ www.mail.com!!!
Get a FREE E-mail Account Today - Choose From 100+ Domains
[Non-text portions of this message have been removed]
---------------------------------
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on
Yahoo! TV.
[Non-text portions of this message have been removed]
---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha!
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.