Saya amat bersetuju dengan pandangan yang saudara bahawa kita sebagai umat
Islam perlu meneroka angkasa lepas. Sebenarnya sudah lama allah turunkan Al
Quran untuk diterola yang di dalamnya mengandungi pelbagai maklumat tentang
dunia yang kita pijak ini.
Namun begitu pada saya yang amat dikesalkan ialah adanya golongan bijak
pandai agama yakni yang digelar ulamak menyempitkan pandangan umat kita. Mereka
masih bersising lengan mengenai perkara yang emeh seperti bilangan rakaat solat
tarawaih dan sebagainya.
apabila mengutarakan masalah ini bukanlah saya penyokong fanatik kerajaan
Malaysia dan apa yang dilaksanakan sekarang tetapi hakikatnya kita perlu
berubah, Kita seharusnya melupakan persengketaan fahaman politik berlainan
sebaliknya menumpukan usaha mengeratkan silatulrahim sambil menegakkan bangsa
yang lebih maju.
Tatkala kita masih berselisih tentang WARNA mana yang akan masuk 'syurga'
kita tidak terfkir bagaimana sebelum ini mahu menyediakan kaedah mendirikan
solat ketika berada dalam kapal menerjah angkasa sebagaimana yang angkasawan
kita akan lalui nanti.
Bagi saya yang tinggal di Besut yakni dalam negeri Terengganu terasa amat
gembira dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan kini. namun jauh di
sudut hati ini terasa amat kecewa apabila adanya golongan yang menggelarkan
diri mereka pejuang agama Islam sudah mula meningalkan masjid dan mendirikan
solat Jumaat di surau-surau dan tepat sekali digelar pejabat parti.
inikah golongan manusia yang diharapkan akan memimpin umat Islam di Malaysia
ini menuju kejayaan dunia dan akhirat. Wang kerajaan yang diberi melalui
bantuan kepada rakyat difatwakan haran tetapi saya hairan apabila empat
pemimpin parti itu yang menjadi wakil rakyat di negeri ini tanpa rasa tanpa
bersalah boleh bersenang lenang dengan elaun lebih RM4000 sebulan. Tidak
menjadi haram pula apabila tiba giliran mereka menerimanya. Inikah pemimpin
yang akan memerintah dunia.
Bagi saya golongan kita sebagai penulis mempunyai tugas berat untuk membawa
kesedaran tentang jbetapa auhnya masyarakat dan umat kita telah tersimpang
serta banyaknya sumber kewangan yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak merdeka
untuk menyedarkan umat ini.
Walaupun tidak berjaya kita tak perlu merasa rugi apa-apa sebaliknya
anggaplah apa yang kita curahkan itu sebagai tanggungjawab kita sebagai seorang
muslim dan balasannya hanya Allah SWT yang akan tentukan.
TERUSKAN PERJUANGAN KITA WALAUPUN TIDAK PERNAH DIHARGAI DAN DINILAI SERTA
TIDAK DIPANDANG KERANA HANYA ALLAH YANG AKAN MENENTUKAN BILA DAN DI MANA KUDRAT
YANG TELAH KITA CURAHKAN ITU AKAN MENDAPAT BALASAN.
wasaalam
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Semasa orang mendaki gunung tertinggi di Malaysia, kelihatan seperti
tidak
ada apa-apa di sana, mendaki gunung tahan, gunung balung ayam atau mendaki
gunung tertinggi di dunia sekali pun seperti tidak ada keistimewaan sangat
di kemuncaknya kerana mereka harus turun segera kerana gunung Everest
bukanlah tempat yang sesuai untuk dihuni kerana selain udaranya tipis
ianya juga sering diancam angin kencang dan ribut salju (mungkin).
Tapi mengapa manusia mendaki juga biarpun perlu bertarung dengan maut
sekalipun dan tak kurang juga yang tak kesampaian tiba di kemuncaknya.
Mengapa menusia mendaki juga walaupun di sana bukannya ada intan berlian
atau emas bergantang.
Jawapannya antara lainnya ialah untuk kebanggaan. kebanggaan untuk siapa,
Kebanggaan untuk diri sendiri, tapi selebihnya untuk Bangsa negara dan
tidak terkecuali juga Agama.
Kita telah ketinggalan. Tapi walaupun ketinggalan kita harus berlari juga
dengan sepenuh tenaga untuk mendaki dan terus mendaki. Berenang dan terus
berenang, belajar dan terus belayar dan lebih-lebih lagi walaupun orang
lain telah naik ke angkasa lepas sejak tahun 1963 lagi dan kita baru nak
naik tahun 2007 itu tidak jadi penghalang untuk kita suatu hari nanti
bakal bersaing dengan mereka.
Naik ke angkasa bukannya perkara yang mudah, ianya sukar walaupun tidak
perlu mendaki. Persiapan perlu lebih banyak , persiapan rohani , persiapan
jasmani dan persiapan peralatan.Persiapan kapal angkasa yang perlu
menepati seratus peratus keupayaannya, penggunaan bahanapi dan sebagainya
agar ianya menepati sasaran yag dituju.
Bagaimanapun persiapan sehebat mana sekalipun , perancangan sehebat mana
sekalipun kita jangan lupa dengan kekuatan yang paling luar biasa,
kekuatan kuasa Allah jauh lebih sempurna daripada apa-apa persiapan ma
---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha!
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.
[Non-text portions of this message have been removed]