Salam Ramadan, Pandangan Kamarudin Hamzah, ada benarnya. Tapi rasanya kenyataan "adanya golongan bijak pandai agama yakni yang digelar ulamak menyempitkan pandangan umat kita. Mereka masih bersising lengan mengenai perkara yang emeh seperti bilangan rakaat solat tarawaih dan sebagainya" semacam memperbesar-besarkan cerita.
Barangkali ada ustaz yang bersising lengan berbincang terawih mana yang paling diterima Allah, tetapi untuk mengatakan adanya ulama yang berbuat demikian, tentu kurang enaknya. Ada bezanya antara ustaz dan ulama. Semua ulama ialah ustaz, tetapi tidak semua ustaz -malah hanya sedikit- adalah ulama. Lagipun, yang penting ialah solat terawihnya. Adapun bilangannya terpulang kerana bilangannya tidak disebut dalam al-Quran dan tidak pula ditentukan secara mutlak dalam hadis Rasulullah saw. Malah, jawapan paling ampuh ialah daripada as-Syahid Imam Hassan al-Banna, pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir yang mendamaikan dua pihak yang masing-masing bertekak bahawa bilangan terawih merekalah yang paling benar di sisi Islam. Beliau bertanya, "Apakah hukum solat terawih?" Jawab pihak yang bertelagah, "Sunat." Beliau bertanya lagi, "Apakah hukum persaudaraan dalam Islam." Jawab pihak yang bertelagah, "Wajib." Lalu beliau pun berkata, "Apakah kalian mendahulukan sunat daripada wajib?" Salam Nazmi Yaakub Anjung Liku, Bangsar --- In [email protected], kamarudin hamzah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Saya amat bersetuju dengan pandangan yang saudara bahawa kita sebagai umat Islam perlu meneroka angkasa lepas. Sebenarnya sudah lama allah turunkan Al Quran untuk diterola yang di dalamnya mengandungi pelbagai maklumat tentang dunia yang kita pijak ini. > > Namun begitu pada saya yang amat dikesalkan ialah adanya golongan bijak pandai agama yakni yang digelar ulamak menyempitkan pandangan umat kita. Mereka masih bersising lengan mengenai perkara yang emeh seperti bilangan rakaat solat tarawaih dan sebagainya. > > apabila mengutarakan masalah ini bukanlah saya penyokong fanatik kerajaan Malaysia dan apa yang dilaksanakan sekarang tetapi hakikatnya kita perlu berubah, Kita seharusnya melupakan persengketaan fahaman politik berlainan sebaliknya menumpukan usaha mengeratkan silatulrahim sambil menegakkan bangsa yang lebih maju. > > Tatkala kita masih berselisih tentang WARNA mana yang akan masuk 'syurga' kita tidak terfkir bagaimana sebelum ini mahu menyediakan kaedah mendirikan solat ketika berada dalam kapal menerjah angkasa sebagaimana yang angkasawan kita akan lalui nanti. > > Bagi saya yang tinggal di Besut yakni dalam negeri Terengganu terasa amat gembira dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan kini. namun jauh di sudut hati ini terasa amat kecewa apabila adanya golongan yang menggelarkan diri mereka pejuang agama Islam sudah mula meningalkan masjid dan mendirikan solat Jumaat di surau-surau dan tepat sekali digelar pejabat parti. > > inikah golongan manusia yang diharapkan akan memimpin umat Islam di Malaysia ini menuju kejayaan dunia dan akhirat. Wang kerajaan yang diberi melalui bantuan kepada rakyat difatwakan haran tetapi saya hairan apabila empat pemimpin parti itu yang menjadi wakil rakyat di negeri ini tanpa rasa tanpa bersalah boleh bersenang lenang dengan elaun lebih RM4000 sebulan. Tidak menjadi haram pula apabila tiba giliran mereka menerimanya. Inikah pemimpin yang akan memerintah dunia. > > Bagi saya golongan kita sebagai penulis mempunyai tugas berat untuk membawa kesedaran tentang jbetapa auhnya masyarakat dan umat kita telah tersimpang serta banyaknya sumber kewangan yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak merdeka untuk menyedarkan umat ini. > > Walaupun tidak berjaya kita tak perlu merasa rugi apa-apa sebaliknya anggaplah apa yang kita curahkan itu sebagai tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan balasannya hanya Allah SWT yang akan tentukan. > > TERUSKAN PERJUANGAN KITA WALAUPUN TIDAK PERNAH DIHARGAI DAN DINILAI SERTA TIDAK DIPANDANG KERANA HANYA ALLAH YANG AKAN MENENTUKAN BILA DAN DI MANA KUDRAT YANG TELAH KITA CURAHKAN ITU AKAN MENDAPAT BALASAN. > > wasaalam > > > > > > > Ediramle Ismail [EMAIL PROTECTED] wrote: > Semasa orang mendaki gunung tertinggi di Malaysia, kelihatan seperti tidak > ada apa-apa di sana, mendaki gunung tahan, gunung balung ayam atau mendaki > gunung tertinggi di dunia sekali pun seperti tidak ada keistimewaan sangat > di kemuncaknya kerana mereka harus turun segera kerana gunung Everest > bukanlah tempat yang sesuai untuk dihuni kerana selain udaranya tipis > ianya juga sering diancam angin kencang dan ribut salju (mungkin). > Tapi mengapa manusia mendaki juga biarpun perlu bertarung dengan maut > sekalipun dan tak kurang juga yang tak kesampaian tiba di kemuncaknya. > > Mengapa menusia mendaki juga walaupun di sana bukannya ada intan berlian > atau emas bergantang. > > Jawapannya antara lainnya ialah untuk kebanggaan. kebanggaan untuk siapa, > Kebanggaan untuk diri sendiri, tapi selebihnya untuk Bangsa negara dan > tidak terkecuali juga Agama. > > Kita telah ketinggalan. Tapi walaupun ketinggalan kita harus berlari juga > dengan sepenuh tenaga untuk mendaki dan terus mendaki. Berenang dan terus > berenang, belajar dan terus belayar dan lebih-lebih lagi walaupun orang > lain telah naik ke angkasa lepas sejak tahun 1963 lagi dan kita baru nak > naik tahun 2007 itu tidak jadi penghalang untuk kita suatu hari nanti > bakal bersaing dengan mereka. > > Naik ke angkasa bukannya perkara yang mudah, ianya sukar walaupun tidak > perlu mendaki. Persiapan perlu lebih banyak , persiapan rohani , persiapan > jasmani dan persiapan peralatan.Persiapan kapal angkasa yang perlu > menepati seratus peratus keupayaannya, penggunaan bahanapi dan sebagainya > agar ianya menepati sasaran yag dituju. > > Bagaimanapun persiapan sehebat mana sekalipun , perancangan sehebat mana > sekalipun kita jangan lupa dengan kekuatan yang paling luar biasa, > kekuatan kuasa Allah jauh lebih sempurna daripada apa-apa persiapan ma > > > > > > --------------------------------- > Boardwalk for $500? In 2007? Ha! > Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games. > > [Non-text portions of this message have been removed] >
