5 November 2007 - baru selesai dinilai dalam penilaian ADC (Anugerah Desa Cemerlang) peringkat Negeri Kelantan 2007 di Kampung Kok Pasir .
Sejak seminggu belum raya lagi buat persiapan sehinggalah persiapan terakhir pada malam 4 November. 5 November , hari penilaian. Rasa berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh rakan-rakan di Kampung semua. Gambar-gambar sekitar penilaian ADC di kok pasir telah ditempatkan di laman web melalui pautan di bawah: http://adcnegeri.kokpasir.com Sambutan agak sederhana kerana ramai belia-belia kampung sedang ikuti kursus komputer di Tanah Merah , ramai juga rakan-rakan yang berkerja kerana kelmarin adalah hari bekerja dan hari persekolahan biasa. Selain itu ada yang telah pergi ke Kuala Lumpur untuk dengar persidangan . Tapi majlis berjalan lancar. Rasanya seperti ada harapan untuk menang. Kalau tak menang pun sekurang-kurangnya semangat perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan masyarakat adalah sangat bernilai . Ada 2 kampung lagi belum dinilai oleh panel hakim. 7 Nov - Kg. Kubang Panjang - Pasir Mas 8 Nov - Kg Pak rahmat - Kota Bharu. http://adcnegeri.kokpasir.com Ediramle Ismail Pengerusi Aspek ICT GDW Kok Pasir, Tumpat.
