Kami bercadang untuk wujudkan sebuah kampung yang maju terutamanya dari
segi kerjasama, dan pemikiran masyarakat luas dan bermaklumat serta dalam
ekonomi penduduk. Hingga kini banyak lagi perkara yang perlu diperbaikan.

Anak-anak di perantauan boleh memainkan peranan dengan mengemukakan buah
fikiran . Kemudian kami akan bawa berbincang untuk laksanakan apa yang
mampu. Sebelum ini ada beberapa orang warga di perantauan mencatat
beberapa pandangan yang berguna di e-mel dan laman web dan perkara itu
sebahagiannya boleh dilaksanakan.

Boleh juga bila balik ke kampung , berkumpul dan berbincang serta
mengemukakan idea-idea baru yang mereka temui di luar sana.



Di tempat kami ada beberapa pertubuhan sukarela dan agak ramai warga yang
sanggup berkerja untuk masyarakat tak kira siang atau malam. Telah diuji
dengan 8 kali pertandingan yang agak sukar. Kalau bermesyuarat ajk boleh
dikatakan acap kali untuk kehadiran sekitar 20 ke 30 orang tak jadi
masalah.

Bergerak dalam NGO sungguh berkesan . Semua orang boleh main peranan .


GDW, Belia, Kawasan Rukun Tetangga dan SRS , Tabung Khairat, Jawatankuasa
Masjid, PIBG, Parti Politik ada 2. Community Policing, Unit ICT. Yayasan
Darul Hanan. MID , AJK PAK.

Sayang sikit kami di sini tak ada KPW dan K-Bestari(dah minta bertahun
sudah tapi masih tak diluluskan).

Semuanya memainkan peranan masing-masing bagi membangunkan masyarakat.







bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang diperantauan....
  adakah mereka melibatkan diri semasa program ini dilaksana...






Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          5 November 2007 - baru selesai dinilai dalam penilaian ADC
(Anugerah Desa
Cemerlang) peringkat Negeri Kelantan 2007 di Kampung Kok Pasir .

Sejak seminggu belum raya lagi buat persiapan sehinggalah persiapan
terakhir pada malam 4 November.

5 November , hari penilaian. Rasa berpuas hati dengan persediaan yang
dibuat oleh rakan-rakan di Kampung semua.

Gambar-gambar sekitar penilaian ADC di kok pasir telah ditempatkan di
laman web melalui pautan di bawah:

http://adcnegeri.kokpasir.com

Sambutan agak sederhana kerana ramai belia-belia kampung sedang ikuti
kursus komputer di Tanah Merah , ramai juga rakan-rakan yang berkerja
kerana kelmarin adalah hari bekerja dan hari persekolahan biasa. Selain
itu ada yang telah pergi ke Kuala Lumpur untuk dengar persidangan .

Tapi majlis berjalan lancar.

Rasanya seperti ada harapan untuk menang. Kalau tak menang pun
sekurang-kurangnya semangat perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan
masyarakat adalah sangat bernilai .

Ada 2 kampung lagi belum dinilai oleh panel hakim.

7 Nov - Kg. Kubang Panjang - Pasir Mas

8 Nov - Kg Pak rahmat - Kota Bharu.

http://adcnegeri.kokpasir.com

Ediramle Ismail
Pengerusi Aspek ICT GDW Kok Pasir, Tumpat.



Kirim email ke