Lama sungguh pakdo tak mari berjumpa saing-saing pakdo semua. Syukurlah Pakdo masih sihat walaupun umur pakdo dah nak masuk 70 setahun dua lagi.
Pakdo nak ucapkan tahniah kepada semua cucu-cucu pakdo yang baru lepas ambik periksa SPM , Pakdo dimaklumkan cucu pakdo hari ni periksa kaji hayat dan setengahnya sudah habis hari ini. Ada juga cucu pakdo yang habis periksa sehari dua lagi. Pakdo harap cucu-cucu pakdo semuanya cemerlang. Bukan sahaja cemerlang dalam periksa, tapi cemerlang dalah berbudi bahasa. Masa cuti persekolahan ni , cucu-cucu pakdo jangan buang masa dengan perkara yang sia-sia. Banyak kerja yang patut dibuat. Hidup kita walaupun masih muda, tapi sebenarnya taklah panjang sangat. Pakdo harap cucu-cucu pakdo jadikan membaca bukan sekadar hobi tetapi sebagai keperluan. Kalu guna masa untuk membaca tentunya manyak ilmu yang boleh diperolehi. Ilmu nilah langkah utama menuju ke arah kecemerlangan. Pakdo mungkin tidak sempat untuk menjadi cemerlang, tapi pakdo harap cucu-cucu pakdo semuanya jadi orang-orang yang tergolong dalam kalangan orang-orang yang terbaik. Pakdo gi dulu deh. Pakdo Kelantan.
