Kalu Pakdo Mari, Pakcu, Tok Ayah, Ayah Ngah, Tokki, Pak Lebai, Ayah Su dan
Ayah-ayah serta tok-tok kita yang lain tak mari ko?

Selamat mari kepada Pakdo.

Edi





-- 


On Mon, November 26, 2007 1:47 pm, Pakdo Kelantan wrote:
Lama sungguh pakdo tak mari berjumpa saing-saing pakdo semua. Syukurlah
Pakdo masih sihat walaupun umur pakdo dah nak masuk 70 setahun dua lagi.

Pakdo nak ucapkan tahniah kepada semua cucu-cucu pakdo yang baru lepas
ambik
periksa SPM , Pakdo dimaklumkan cucu pakdo hari ni periksa kaji hayat dan
setengahnya sudah habis hari ini. Ada juga cucu pakdo yang habis periksa
sehari dua lagi.

Pakdo harap cucu-cucu pakdo semuanya cemerlang. Bukan sahaja cemerlang
dalam
periksa, tapi cemerlang dalah berbudi bahasa.

Masa cuti persekolahan ni , cucu-cucu pakdo jangan buang masa dengan
perkara
yang sia-sia. Banyak kerja yang patut dibuat. Hidup kita walaupun masih
muda, tapi sebenarnya taklah panjang sangat.

Pakdo harap cucu-cucu pakdo jadikan membaca bukan sekadar hobi tetapi
sebagai keperluan. Kalu guna masa untuk membaca tentunya manyak ilmu yang
boleh diperolehi. Ilmu nilah langkah utama menuju ke arah kecemerlangan.

Pakdo mungkin tidak sempat untuk menjadi cemerlang, tapi pakdo harap
cucu-cucu pakdo semuanya jadi orang-orang yang tergolong dalam kalangan
orang-orang yang terbaik.

Pakdo gi dulu deh.


Pakdo Kelantan.


Kirim email ke