Rasanyer warga BERITA pernah memenangi hadiah sastera. Tak kira warga mana sekalipun, BOLEH SAJERR... Sekarang polisi tidak membenarkan warga Utusan shj untuk memenangi sebarang hadiah sastera. tetapi untuk penyertaan dan siaran di dalam medium Utusan tidak menjadi masalah. Selalu juga karya warga utusan tersiar!
----- Original Message ----- From: "Nazmi Yaakub \(Bukunota\)" To: [email protected] Subject: Re: [Pesisir] Re: { KELANTAN-KITA } Hadiah Sastera Date: Mon, 26 Nov 2007 19:09:52 -0800 (PST) Salam, Rozlan, bagaimana dengan warga Berita? Hehehe Nazmi Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. -------------------------------------------------------------------- Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet. ----- Original Message ---- From: Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED] Cc: [email protected] Sent: Tuesday, November 27, 2007 10:25:21 AM Subject: [Pesisir] Re: { KELANTAN-KITA } Hadiah Sastera Salam, terima kasih atas minat dan kesungguhan. Syarat asas kalau khsus untuk novel remaja sudah semestinya BUKAN warga Utusan. Yang lain2 sebagaimana novel remaja yang biasa. Bersama ini saya perturunkan kriteria umum pemilihan dan kriteria khsusus untuk kategori Novel remaja & juga Cerpen Remaja. Kriteria ini juga boleh didapati dari buku antologi pemenang terbitan Utusan Publications. -- lihat antologi Warna Perang dan Pusaka Cendana (Susunan Rozlan Mohamed Noor & Nor Azah Aziz), 2007 Kriteria Umum Penilaian Laporan ini menurunkan (a) ukuran penilaian bagi setiap kategori, secara umum, dan (b) skop dan ukuran penilaian sesuatu kategori, secara lebih khusus. Ukuran berikut menjadi panduan umum dan rujukan Panel Hakim dalam proses menyaring dan memilih karya-karya yang disepakati layak menerima Hadiah: l Nilai kognitif: Karya mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik. l Nilai pemikiran: Karya mengemukakan pemikiran positif, bervariasi atau sebaik-baiknya bervisi besar dan garda depan. Walaupun persoalannya berlatar tem-patan, karya dapat juga berdialog di pe-ringkat antarabangsa. l Nilai akhlak: Karya dapat menyumbang kepada pembinaan sahsiah khalayak. l Nilai keprihatinan: Karya peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial, dan isu kemanusiaan sejagat. l Nilai bahasa: Bahasanya indah, kreatif, imaginatif, dan berkesan; kuat menun-jang tema; bukan sahaja membawa makna cerita, bahkan bahasa itu sendiri merupakan idea, pemikiran, dan ideo-logi. l Nilai kreativiti: Karya mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli secara luwes dan fasih serta berupaya membawa makna berlapis dan tafsiran yang pel-bagai. l Nilai keseimbangan: Karya terbina secara harmonis antara subjek dengan teknik pengolahan. * Catatan Sekiranya wujud keadaan yang memerlukan pemilihan antara dua karya, maka Kriteria Nilai Bahasa diberi keutamaan dalam menentukan pilihan. Skop dan Ukuran Penilaian Bagi menilai karya yang dikategorikan sebagai cerpen remaja dan novel remaja, Panel Hakim telah merangka ukuran yang berikut sebagai panduan pemilihan: l Karya menggunakan pandangan dunia remaja, dari aspek pengolahan dan pe-mikiran. l Karya menggunakan pendekatan serta gaya bahasa yang komunikatif. l Karya mengemukakan nilai motivasi yang dapat membangkitkan semangat; dan memupuk jiwa remaja yang ber-kualiti dari sudut penyempurnaan akal budi, penampilan sahsiah yang berhemah tinggi dan jati diri. l Karya menampilkan unsur yang eksplo-ratif, iaitu penerokaan bagi melahirkan paradigma baharu dalam aspek tema, persoalan, pemikiran, dan bentuk. l Karya mengangkat nilai insani dalam memacu kecemerlangan, dan memper-kasakan keutuhan manusiawi untuk menangani masalah kehidupan. l Karya mengandungi mesej berseni ten-tang harapan, motivasi serta kegigihan mencipta kejayaan masa depan. l Sebaik-baiknya watak remaja berperanan sebagai penggerak cerita, tetapi karya yang menampilkan watak dewasa dengan matlamat memberi pengajaran/mesej kepada remaja juga diterima. sekian harap maklum.... Bersama diskusi penulisan/penerbita n di www.tintarona. blogspot. com ----- Original Message ----- From: "Nixk Code" To: Kelantan-kita@ yahoogroups. com Subject: Re: { KELANTAN-KITA } Hadiah Sastera Date: Mon, 26 Nov 2007 17:11:06 -0800 (PST) terima kasih...berminat. dimana boleh refer syarat2 penyertaan? Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: Assalamualaikum. ..wth, sekadar ingin berkongsi dengan khalayak karyawan seantero maya. Tak lama lagi sekreteriat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan akan bersidang. Pastinya pengumuman untuk penentuan calon pemenang hadiah berpestij itu sudah dekat. Banyak penyertaan tahun ini yg memberangsangkan. Ada juga dalam kalangan penulis pesisir. Cuma, saya dapati manuskrip kategori novel remaja masih kurang. Seyogia penyertaan masih dibuka (sehingga hujung tahun ini), sudi2 lah kiranya mana-mana penulis yang mahu memeriahkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan untuk tahun ini. Hantarkan manuskrip kepada sekretariat Hadiah sastera di pejabat Utusan Publications & Distributors Sdn BHd, no 1 & 3 jalan 3/91 A, Tmn Shamelin Perkasa Cheras, 56100 KL. Hubungi sekreteriat Rozlan Mohamed Noor, 0123828353 untuk makluman lanjut. Terima kasih. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona. blogspot. com -- Over 2 Million Holiday Gift Ideas - Take a Look! mail.com Shopping ---------------------------------------------------------------- Be a better pen pal. Text or chat with friends inside Yahoo! Mail. See how. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona. blogspot. com -- Over 2 Million Holiday Gift Ideas - Take a Look! mail.com Shopping -------------------------------------------------------------------- Be a better pen pal. Text or chat with friends inside Yahoo! Mail. See how. Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- Over 2 Million Holiday Gift Ideas - Take a Look! mail.com shopping at http://mail.shopping.com/?linkin_id=8033174
