Info yang sangat berguna kepada penulis.
Berhajat sangat untuk memulakan semula penulisan novel yang masih
terbengkalai.
Sebahagian bahan yang diperlu telah dikumpul dan kerana terlalu banyak
kumpul bahan tak jadi pula menulis.
Barangkali keazaman belum begitu kuat lagi.
Rakan-rakan lain sebuah demi sebuah dapat siapkan novel. Kalu Hashim boleh
siap dalam masa sebulan , Zakaria BS boleh siapkan dalam beberapa bulan ,
masakan saya tidak dapat siapkan dalam masa setahun atau lebih.
Hajat hati tu sentiasa saja ingin berkarya. Kalu ada rakan-rakan beri
semangat mungkin boleh bertekad sikit.
--
Ediramle Ismail
On Tue, November 27, 2007 10:25 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
Salam, terima kasih atas minat dan kesungguhan. Syarat asas kalau khsus
untuk novel remaja sudah semestinya BUKAN warga Utusan. Yang lain2
sebagaimana novel remaja yang biasa. Bersama ini saya perturunkan
kriteria umum pemilihan dan kriteria khsusus untuk kategori Novel remaja
& juga Cerpen Remaja. Kriteria ini juga boleh didapati dari buku
antologi pemenang terbitan Utusan Publications. -- lihat antologi Warna
Perang dan Pusaka Cendana (Susunan Rozlan Mohamed Noor & Nor Azah Aziz),
2007
Kriteria Umum Penilaian
Laporan ini menurunkan (a) ukuran penilaian bagi setiap kategori, secara
umum, dan (b) skop dan ukuran penilaian sesuatu kategori, secara lebih
khusus. Ukuran berikut menjadi panduan umum dan rujukan Panel Hakim dalam
proses menyaring dan memilih karya-karya yang disepakati layak menerima
Hadiah:
l Nilai kognitif: Karya mampu menjana daya taakulan pembaca dan
menawarkan pengalaman estetik.
l Nilai pemikiran: Karya mengemukakan pemikiran positif, bervariasi atau
sebaik-baiknya bervisi besar dan garda depan. Walaupun persoalannya
berlatar tem-patan, karya dapat juga berdialog di pe-ringkat
antarabangsa.
l Nilai akhlak: Karya dapat menyumbang kepada pembinaan sahsiah khalayak.
l Nilai keprihatinan: Karya peka terhadap aspirasi nasional, dinamika
sosial, dan isu kemanusiaan sejagat.
l Nilai bahasa: Bahasanya indah, kreatif, imaginatif, dan berkesan; kuat
menun-jang tema; bukan sahaja membawa makna cerita, bahkan bahasa itu
sendiri merupakan idea, pemikiran, dan ideo-logi.
l Nilai kreativiti: Karya mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli
secara luwes dan fasih serta berupaya membawa makna berlapis dan tafsiran
yang pel-bagai.
l Nilai keseimbangan: Karya terbina secara harmonis antara subjek dengan
teknik pengolahan.
* Catatan
Sekiranya wujud keadaan yang memerlukan pemilihan antara dua karya, maka
Kriteria Nilai Bahasa diberi keutamaan dalam menentukan pilihan.
Skop dan Ukuran Penilaian
Bagi menilai karya yang dikategorikan sebagai cerpen remaja dan novel
remaja, Panel Hakim telah merangka ukuran yang berikut sebagai panduan
pemilihan:
l Karya menggunakan pandangan dunia remaja, dari aspek pengolahan dan
pe-mikiran.
l Karya menggunakan pendekatan serta gaya bahasa yang komunikatif.
l Karya mengemukakan nilai motivasi yang dapat membangkitkan semangat;
dan memupuk jiwa remaja yang ber-kualiti dari sudut penyempurnaan akal
budi, penampilan sahsiah yang berhemah tinggi dan jati diri.
l Karya menampilkan unsur yang eksplo-ratif, iaitu penerokaan bagi
melahirkan paradigma baharu dalam aspek tema, persoalan, pemikiran, dan
bentuk.
l Karya mengangkat nilai insani dalam memacu kecemerlangan, dan
memper-kasakan keutuhan manusiawi untuk menangani masalah kehidupan.
l Karya mengandungi mesej berseni ten-tang harapan, motivasi serta
kegigihan mencipta kejayaan masa depan.
l Sebaik-baiknya watak remaja berperanan sebagai penggerak cerita, tetapi
karya yang menampilkan watak dewasa dengan matlamat memberi
pengajaran/mesej kepada remaja juga diterima.
sekian harap maklum.... Bersama diskusi penulisan/penerbitan di
www.tintarona.blogspot.com
----- Original Message -----
From: "Nixk Code"
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: { KELANTAN-KITA } Hadiah Sastera
Date: Mon, 26 Nov 2007 17:11:06 -0800 (PST)
terima kasih...berminat.
dimana boleh refer syarat2 penyertaan?
Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum...wth, sekadar ingin berkongsi dengan khalayak
karyawan seantero maya. Tak lama lagi sekreteriat Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan akan bersidang. Pastinya pengumuman untuk
penentuan calon pemenang hadiah berpestij itu sudah dekat. Banyak
penyertaan tahun ini yg memberangsangkan. Ada juga dalam kalangan
penulis pesisir. Cuma, saya dapati manuskrip kategori novel
remaja masih kurang. Seyogia penyertaan masih dibuka (sehingga
hujung tahun ini), sudi2 lah kiranya mana-mana penulis yang mahu
memeriahkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan untuk tahun ini.
Hantarkan manuskrip kepada sekretariat Hadiah sastera di pejabat
Utusan Publications & Distributors Sdn BHd, no 1 & 3 jalan 3/91
A, Tmn Shamelin Perkasa Cheras, 56100 KL. Hubungi sekreteriat
Rozlan Mohamed Noor, 0123828353 untuk makluman lanjut. Terima
kasih.
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
www.tintarona. blogspot. com
-- Over 2 Million Holiday Gift Ideas - Take a Look!
mail.com Shopping
--------------------------------------------------------------------
Be a better pen pal. Text or chat with friends inside Yahoo! Mail.
See how.
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
www.tintarona.blogspot.com
--
Over 2 Million Holiday Gift Ideas - Take a Look!
mail.com shopping at http://mail.shopping.com/?linkin_id=8033174