Terdahulu, terima kasih.

Programnya tak banyak info yang boleh diberi, sedikit sebanyak :

  1. Kursusnya akan diadakan di Pusat Kraftangan KB
  2. Bayarannya RM0
  3. Tenaga pengajar dijemput khas dari Terengganu
  4. Pembiayaan kursus semuanya ditanggung oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan
  5. DYMM Raja Perempuan Kelantan mencemar duli menyelia dan memantau
     perjalanan kursus dan pencapaian peserta
  6. Jumlah peserta adalah terhad, maksimum seramai 15 orang sahaja dan
     masih ada 6 kekosongan, siapa cepat dia dapat
  7. Info ni tak confirm lagi, tapi setiap peserta kursus yang
     berpotensi akan dipilih untuk menyertai Projek DiRaja Kelantan,
     Industri Tenun/Songket/Sulaman.

Sedikit syarat :
Berumur 20 atau lebih (lebih tu kalau boleh tidaklah terlajak sangat) dan kalau boleh single. Kalau double pun tak apa, janji penyertaan direstui oleh pasangan dan diusahakan supaya kehadiran kursus dan pembelajaran tidak terganggu.

Insyaallah, petang Jumaat ni, ambo akan berkunjung ke persekitaran rumah Edi. Rakan saya (wakil dari Pejabat Al-Sultan Kelantan) boleh ambil senarai calon yang Edi sediakan, sekiranya ada.

Nasarudin Harun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ediramle Ismail wrote:

Sdr. Ambo,
Saya dah maklumkan kepada beberapa orang tentang kursus tersebut, tapi
mereka masih tak nampak caranya . Mereka bertanya kursus di mana, kena
bayaran berapa dan sebagainya.

Minta kalu ada keterangan bertulis sedikit boleh diedarkan.

Terima kasih kepada Sdr. Ambo.

Saya dah pergi ke Pusat Pembangunan ICT di Wakaf Bharu dan sempat tengok
modul pengajaran yang dibuat sdr. Ambo. Sungguh teliti dan tentunya
memakan masa yang lama ketika menghasilkannya.

Ediramle

--
Ediramle Ismail

On Wed, November 28, 2007 12:12 am, Mohd Nasarudin Harun wrote:
Assalamualaikum,

Pertama kali dapat send email ke PESISIR.


Kirim email ke