salam,
namun, dapatkah durian ditukar ke thorn fruits? sambal belacan diubah jd
..errr apa ye?
masalahnya org Melayu yg malu dan rendah diri nak bertutur dgn org Inggeris
disebabkan - pemikiran yg rasa susah.
cth : saya pernah berbual dlm dwi-bahasa dgn pelancong dr Australia di kuala
kangsar dan memperkenalkan emak kpd suami-isteri itu dgn menggunakan bahasa
Melayu secara vokal. mudah.
- selamat datang=
se la mat da tang - welcome.
bagi saya - formula utk hidup senang - senang sungguh- FIKIRKAN SENANG
-tolong baca dan komen nilai- nilai yg perlu saya perluaskan dlm karya ini.
chow cin chow.
Mohd Nasarudin Harun <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum,
Pertama kali dapat send email ke PESISIR.
Hmmmm....satu keluhan yang really mengusik minda dari Pakdo.
Pendapat ambo, teramatlah kecewa sekiranya perancangan yang dibuat dihentikan
sekerat jalan tanpa bersabar dan menunggu hasilnya. Hasilnya memang lambat
kerana batch pertama yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantar untuk
Matematik dan Sains kini baru selesai menduduki PMR. Belum lagi menempuh alam
kehidupan selepas persekolahan/pengajian.
Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk subjek Matematik dan Sains, ambo setuju
sangat-sangat. Pengalaman ambo sendiri di alam persekolahan yang menyebabkan
ambo kata begitu.
Kita sendiri akan tersenyum atau tergelak sendirian bila membaca teks
terjemahan BI -> BM. Maksud terjemahan tidak kesampaian dan akan lebih
menyukarkan lagi apabila berdepan dengan peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Buku terjemahan dahlah tak ada, yang ada semuanya dalam BI dan sekiranya tidak
dipupuk dari rebung lagi, akan berkuranglah ilmuan dari kalangan kita. Itu baru
diperingkat pengajian.
Peringkat menjalani hidup pula, seingat ambo dulu, berapa ramai dari kita yang
cuba "setkan" jam yang terdapat dalam alat pemain video di rumah kita ? Rasa
ambo alat pemain video tu asyik dok berkelip 0:00 sampailah ianya rosak/lapuk
dek teknologi. Puncanya ? Buku panduan dalam BI dan kita malas membacanya
(sebab dalam BI), kalau dalam BM tergerak juga nak membacanya.
Malas membaca tu memang satu isu. Tapi sekiranya kita boleh membaca teks BI
(dengan tidak merangkak-rangkak) nescaya kita akan mampu menerokai alam
internet dengan lebih jauh lagi.
~~~~~~~~~~
Tahniah Edi, berjaya mewujudkan laman-laman blog untuk rakan-rakan. Sayang
sekali, rakan-rakan Edi tu tidak (mampu?) berjaya membuat sendiri laman blog
masing-masing. Mungkinkah kerana panduan dan cara-caranya dibuat dalam BI ?
(Atau saja....malas nak baca, iqra').
~~~~~~~~~~
Perasaan ambo sekarang ni....bimbang matapelajaran Sains dan Matematik kembali
di ajar dalam BM !
Nasarudin.
Save the forest, GMail 'em.
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/