Pakdo mari lagi malam ni kerana pakdo masih belum mengantuk kerana tertidur tidur lebih sikit pagi tadi . Kali ni pakdo mari nak bercakap tentang sedapnya rasa rindu kepada apa yang dirindui.
Agak pelik perasaan manusia, ada perasaan rindu, ada perasaan cinta, ada perasaan kasih sayang , ada perasaan ingin dihargai, ada perasaan ingin dibelai dirayu dipujuk dan pelbagai perasaan yang halus dan cukup seni untuk digambarkan dengan kata-kata. Tidak kira kita siapa, tidak kira kita orang berkelulusan tinggi, berjawatan besar dan berjawatan kecil, kita yang menjadi buruh kasar, kita yang menjadi petani, nelayan , tak kira apa kerja kita, perasaan kita tetap pelbagai. Ada kalanya kita rasa sunyi , adakalanya kira rasa riang, adakalanya kita rasa marah dan hilang sabar dan paling indah adalah rasa rindu dan cinta serta rasa kasih dan sayang. Hanya kita sering kali saja berpura-pura , hanya kita sering kali melakonkan watak kita menurut acuan kerja dan jawatan kita sedangkan kita hanyalah jiwa peribadi yang kita tidak mahu menukarnya dengan sesiapa biarpun siapa mereka. Bagaimanapun adakalanya kita tidak boleh layan sangat perasaan itu , kerana semakin dilayan semakin bergeloralah ia, tapi adakalanya kita perlu layan rasa-rasa itu bagi memperhaluskan rasa kita agar kita menjadi manusia yang perasa yang seterusnya mewujudkan diri sebagai manusia yang memahami perasaan orang lain. Kalau kita tak layan langsung perasaan kita, bermakna lama kelamaan kita akan jadi insan yang berjiwa kasar, pongoh dan tidak berperikemanusiaan. Perasaan perlu diasah, perlu digilap biar ianya lembut melebihi lembutnya sutera agar denganya akan menimbulkan rasa kecintaan yang hebat, kecintaan yang cemerlang umpama cintanya Shah Jehan yang digambarkan dengan terbinanya Taj Mahal yang hebat. Sepertimana kecintaan Abu Bakar hingga membiarkan kakinya dipagut ular demi kecintaan terhadap Islam dan Rasulullah. Cinta yang hebat bakal menjadi manusia itu hebat . Fikiran biarlah sebagai pengawas yang memerhati , tugasnya membuat pemilihan dengan tepat. Contohnya kalu perasaan sangat merindui katakan kekasih di kampung laman di suasana hari raya yang kebanyakan orang bergembira menyambutnya di kampung laman, sedangkan kita ada urusan untuk masyarakat umum yang sangat diperlukan. Fikiran kena kata tidak boleh balik, maka perasaan itu akan menjadi sedap sesedapnya kerana ianya telah membuatkan seseorang itu berkorban , iaitu mengorbankan rasa rindunya yang membuak-buak itu. Pakdo tak pasti perasaan itu berada di mana dalam tubuh seseorang. Fikiran tentunya berada di bahagian otak. Hati tidak berfungsi untuk berfikir, tapi hati sepertinya berfungsi untuk merasa. Manusia ini dijadikan cukup istimewa, ada hati, ada ada roh, ada jiwa, ada akal , ada perasaan ada rasa dan banyak lagi. Menurut Pakcu sahabat pakdo, perasaan yang cukup bergelora akan bergetar dan menusuk di ulu hati , serasa seperti cubitan halus lagi lembut. Sahabat pakdo , Pakcu berkata ada ngilu , selagi tidak sampai ngilu kita sebetulnya di hati kita belum lagi memiliki keutuhan cinta. Sebagai tanda terima kasih terhadap anugerah itu tak memadai dengan segala sumbangan yang diberikan, pengorbanan yang dilakukan . Pakdo gi dulu. Kalaupun pakdo mengarut, ambillah sebahagian daripadanya di tempat yang mana dikirakan sebagai tidak mengarut. -- Hormat selalu daripada Pakdo
