Walaupun malam tadi pakdo tidur agak lewat, tapi pagi ni pakdo bangun pagi dan badan terasa segar , Di sekeliling pakdo kelihatan kabus menebal dan udara di desa pakdo nyaman sekali. Sekali sekala pakdo dengan kicauan burung-burung terbang bebas dengan penuh keriangan . Alhamdulillah. Aman sungguh negara pakdo dan saing-saing pakdo sekelian. Dalam suasana aman begini seharusnya pakdo dan saing-saing pakdo merasa beryukur atas nikmat yang tidak terhingga ini.
Pakdo rasalah, kita sekarang berada di negra yang aman damai dan banyak perkara yang cukup . Untuk menjadikan segalanya seperti kehendak kita adalah tidak mungkin, untuk menikmati segala apa yang seperti kita angankan adalah tidak mungkin . Keadilan, ketelusan , kehebatan, kecemerlangan kita tidak boleh harapkan seratus peratus . Bagi pakdo kalau kita dah dapat 90% itu telah bermakna telah cemerlang, telah gemilang . Pakdo tak pernah berkunjung ke luar negara yang kurang keamanannya, tapi pakdo bayangkan betapa sukarnya hidup mereka , banyak peluang yang ada perlu dilepaskan , peluang pelajaran, peluang pekerjaan dilepaskan hanya untuk saling serang menyerang, untuk saling tingkah menikah , saling tembak menembak. Sukarnya hidup ketika itu . Ketika tidak aman betapa mahalnya keamanan , oleh itu menjaganya agar tidak tergadai adalah jauh lebih baik deripada mengadaikanna kerana dengan mengadaikannya kita tidak pasti bilakan dapat menebusnya semula atau kita turut tergadai. Tidak puas hati mungkin adalah lahir daripada kelemahan diri kita sendiri kerana kalau kita kuat kita akan dapat lalui semua dugaan dan cabaran itu dengan tenang dan sabar. -- Hormat selalu daripada Pakdo
