---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: Re: [KEMSAS] Hak penulis mapan dinafikan?
From:    "Hasyuda Abadi" <[EMAIL PROTECTED]>
Date:    Thu, January 24, 2008 6:03 pm
To:      [EMAIL PROTECTED]
--------------------------------------------------------------------------

Pandangan sdr Julius memang menarik untuk dibincangkan.

  Peka terhadap keperluan atas dasar ambil mudah terhadap sesuatu yang
dipermudah - inilah ungkapan yang sesuai pada pandangan saya terhadap
isu yang sedang tersibar di kalangan komuniti sastera Melayu ketika ini.
Apabila semua diharapkan mudah, mudah mendapat kelulusan terbaik tanpa
harus bersusah payah, tanpa berpayah mengerah otak untuk memaknai
intipati sesebuah hasil sastera hanya akan melahirkan 'si mandul minda'
yang seterusnya. Dan akan bertambah ramai lagi orang-orang begini
mengisi zaman hadapan. Manusia yang malas berfikir. Malas menggalas
masalah. Malas mengulas ungkapan-ungkapan yang dianggap payah padahal
keindahan yang tersembunyi itulah harga yang maha mahal yang wajar
dihargai dan diketahui oleh anak-anak bangsa kita.

  Secara peribadi, saya fikir apa yang dilakukan oleh Pak Samad sebagai
protesnya dengan secara tidak langsung mewakili para sasterawan mapan
yang lain. Pak Samad bagai lilin yang sering membakar diri hingga
sanggup kemudiannya melupakan gelaran Sasterawan Negara. Seperkara lagi
persoalan yang selalu berlegar dalam fikiran kita ialah mengapa ya,
permasalahan begini berlaku, apakah yang ada dalam lingkaran fikir
orang-orang yang diberikan tanggungjawab itu hingga gagal melihat lebih
jauh ke dalam makna sebenar intipati hasil karya yang baik dan tidak.

  Siapa lagi yang perlu diperharap untuk membetulkan keadaan ini,
meletakkan hak di tempat yang sewajarnya. Memang betul 'mandul' fikiran
orang-orang maha arif dan bijaksana di dalam sana. Enggan disapa apalagi
ditegur selayaknya. Ini menjadi antara punca penulis meminggirkan diri
dan 'pergi'.

  Pustaka Iqbal Nazim
  Kota Kinabalu
  S A B A H





  Kreatif Hasyuda Abadi

















---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

[Non-text portions of this message have been removed]



Laman Web Ikatan Penulis Sabah:
http://webips.tripod.com

Terima kasih.
Yahoo! Groups Links





Kirim email ke