---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: [KEMSAS] Sastera subjek picisan?
From: "Hasyuda Abadi" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Sat, January 26, 2008 4:08 pm
To: [EMAIL PROTECTED]
--------------------------------------------------------------------------
Sastera subjek picisan?
MEMASUKI alaf siber, apabila bercakap, di mana-mana saja orang
akan merujuk kepada isu sains dan teknologi maklumat (IT). Dalam
dunia kerjaya pun perkara yang sama berlaku. Graduan bidang
sains dan IT mendapat tempat dan mendominasi peluang pekerjaan.
Justeru, bagaimana nasib pelajar jurusan sastera di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT)? Apakah mereka dalam kategori kelas kedua? Produk yang
dihasilkan kilang jurusan sastera di IPT lebih ramai, merumitkan
keadaan. Adakah mereka mampu bersaing atau terpaksa menerima hakikat
menganggur? Bagaimana mahu mengubah mentaliti generasi muda termasuk ibu
bapa supaya menerima peluang belajar di institusi kemahiran yang mampu
menjamin masa depan berbanding di IPT aliran sastera? Profesor Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Haron
Daud, berkata tiada salah mahasiswa memilih jurusan sastera kerana ia
juga cabang ilmu.
Menurutnya, tanggapan negatif mahasiswa sastera sukar memperoleh
pekerjaan perlu diperbetulkan kerana mereka bukan tiada permintaan tapi
mungkin tidak menepati kelayakan majikan. Ramai beranggapan
sastera hanyalah subjek atau pengkhususan picisan dan penyumbang
pengangguran. Tanggapan itu perlu diperbetulkan kerana banyak
faktor mempengaruhi seseorang graduan dipilih bekerja. Aliran
sains, kejuruteraan dan IT juga mengalami masalah sama, cuma kurang
ketara kerana peluang kerjaya luas, katanya. Beliau berkata,
setiap ilmu itu ada kepentingannya dalam menjana kehidupan manusia cuma
perlu tahu menggunakannya bagi memperoleh manfaat. Meskipun tiada
statistik kukuh mengenai jumlah pengangguran membabitkan mahasiswa
aliran sastera, masyarakat ghairah mengaitkan dengan jurusan itu.
Antara faktor dikaitkan ialah kekurangan tempat dalam pelbagai sektor
kerjaya, kelayakan akademik tidak memuaskan dan subjek berkenaan tidak
mempunyai nilai
kepentingan dalam pembangunan negara. Bagaimanapun, disebabkan mahu
anak mempunyai status mahasiswa universiti, keba-nyakan ibu bapa
seolah-olah tidak kisah apabila ditawarkan pengkhususan sastera di
institusi pengajian tinggi tetapi kecewa tidak memperoleh pekerjaan
selepas tamat pengajian. Mengulasnya, Dr Haron berkata, pandangan
masyarakat atau ibu bapa itu jauh menyimpang kerana tiada bukti mahasiswa
aliran sastera sukar memperoleh pekerjaan. Beliau berkata, orang
sastera menerajui pembentukan organisasi awal negara dan mereka sudah
membuktikan keupayaan melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik.
Siapa kata orang sastera tiada kualiti. Pada awal pembentukan negara,
kebanyakan organisasi diterajui mahasiswa sastera. Biarpun zaman
berubah dan lebih mementingkan aspek pembangunan sains dan IT, peranan
sastera tidak boleh dipandang sepi kerana berkait dengan modal
pembangunan kerohanian manusia. Sains dan teknikal lebih berbentuk
fi
zikal tapi sastera menjurus kepada kekuatan emosi serta lahiriah. Tanpa
kekuatan dalaman, sukar mereka berjaya, katanya. Beliau berkata,
masyarakat perlu mengubah pandangan bahawa universiti bukan kilang
mengeluarkan produk tetapi melahirkan manusia berilmu dan berfi kir.
Jika sukar memperoleh pekerjaan, cuba bidang lain. Bukan disebabkan
mengambil jurusan sastera, tiada prospek dalam kerjaya. Sebagai
mahasiswa, anda harus pandai berfi kir dan mencari alternatif memperbaiki
diri, katanya. Dr Haron berharap kerajaan mengkaji semula dasar
pendidikan supaya subjek sastera tidak dianak tiri berbanding sains dan
teknikal. Dunia kini bersaing dengan kemajuan sains dan teknologi.
Tapi, tidak bermakna sastera tiada sumbangannya dalam pembangunan
negara. Kita bukan mahu melahirkan robot tapi manusia yang mampu
berfi kir dan elemen ini ada dalam sastera. Pendekatan boleh diubah
daripada teori semata-mata ke konsep mesra pelajar. Ini
bagi melihat nilai sastera dan mengubah cara berfi kir, katanya.
Sementara itu, bekas peguam, Nisa Haron, berkata mahasiswa perlu mengubah
mentaliti dengan melihat prospek lain yang disediakan dan tidak hanya
terkongkong pada satu aliran semata-mata. Menurutnya, mengambil
aliran sastera tidak bermakna mereka harus bekerja dalam kerjaya sama
tetapi perlu bijak meneroka bidang yang mempunyai permintaan di pasaran.
Jangan terlalu tertutup dengan tanggapan jika ambil bidang sastera
kena tunggu tawaran atau cari kerja sama dengan kelayakan. Itu
bukan cara mahasiswa berfi kir, tidak salah meneroka bidang lain asalkan
boleh membantu diri sendiri. Jika minat teknikal, tidak salah
belajar dalam bidang berkenaan meskipun sudah ada kelayakan dalam
sastera. Ia memberi nilai tambah dalam memasarkan diri. Sebagai
mahasiswa, jangan mudah putus asa kerana pemilihan kerjaya berasaskan
minat boleh menjadi penggerak lebih cemerlang. Tiada jaminan
bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta mampu menjadikan seseorang itu
lebih berjaya, katanya. Beliau berharap tiada pemisahan pelajar
aliran sastera dan sains kerana ia boleh memberi kesan pada masa depan.
Pemisahan itu boleh menjadikan sesetengah pelajar rasa tersisih dan
melunturkan minat belajar. Jadikan sastera subjek wajib seperti Bahasa
Melayu, barulah kesannya boleh dilihat secara bersepadu. Justeru,
tidak timbul lagi percanggahan pendapat di kalangan mahasiswa sastera
atau aliran lain sebab mereka sudah tahu kepentingan jurusan
masing-masing, katanya.
Kreatif Hasyuda Abadi
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
[Non-text portions of this message have been removed]
Laman Web Ikatan Penulis Sabah:
http://webips.tripod.com
Terima kasih.
Yahoo! Groups Links