saudara edi,
ketika ini perasaan kehilangan kehebatan kemanisan keakraban seluruh warga
smk berangan begitu menekan. kehilangan ruang permainan kata, seloroh
bahasa makmal, debat karya bersama, meski hasilnya masih satu namun
kebangkitan aroma penulis terus meruangi diri yang tidak ditemui di
mana-mana selepas ini, selain itu meneroka ruang maya tanpa batas meski
ada yang cuba membatasinya. namun seperti kata pujangga regu pertemuan
adalah perpisahan yang kadangkala terlalu sakit untuk diakui kebenarannya.
apapun perjuangan kita pasti diteruskan...




> Ketika saya menulis catatan ini, Sdr. Ketua Dua Pesisir, Anuar Musa baru
> saja berlepas dari SMK Berangan  ke tempat kerja baru Di SMK Geting dengan
> diiringi beberapa rakan sejawatnya dan akan bertugas di sana selaku
> Penolong Kanan Kokurikulum. Tahniah.
>
> Itulah sebahagian daripada erti kehidupan, tak ada yang kekal. Hidup
> adalah sebuah kembara yang kita tidak akan diam pada masa dan tempat yang
> sama sepanjang masa.
>
> Semoga akan lebih cemerlang dalam segala segi bidang kehidupan yang
> diceburi.
>
> Bermula hari ini pastinya saya tidak lagi akan sesering dulu bertemu sdr
> Ketua 2 dan ruang kesempatan untuk berbincang mengenai penulisan dan
> pesisir kini jadi terhad oleh jarak.
>
> Diharapkan walaupun sekarang terpaksa bertugas di tempat yang berlainan,
> Sdr. Sering-seringlah buka e-mel terutamanya emel dari egroup pesisir dan
> di situ kita masih dapat berbicara seperti sekarang.
>
> Walaupun apa di sudut lain kita masih sebagai penulis dan penulis harus
> meneruskan karyanya yang terbengkalai.
>
>
>
> Ediramle Ismail
>
> * Seperti dijanjikan dengan diri sendiri,  kini sedang mengintai-intai
> kepada siapakah untuk diserahkan SU1 tahun ini.
>
>
>
>


Kirim email ke