terima kasih kepada sdr manzaidi atas segala dorongan semangat dan
pertolongan membariskan nama saya sebagai wartawan meski sambilan bersama
SINAR HARIAN sehingga dikenali sebagai cikgu nuar Sinar di kampung ambo.
namun seperti kata saudara edi PESISIR kehilangan seorang lagi nadi
kekuatan dengan penghijrahan saudara ke Selangor dan pastinya ambo tidak
ada lagi tempat mengadu untuk sedikit bahan sekolah bagi siaran SINAR
HARIAN. apapun terima kasih di atas segalanya.segala budi dan jasa
terpahat terkukuh dilubuk ingatan terdalam.tabahkan hati bina kekuatan
kerana mungkin ada SINAR yang lebih HEBAT menanti..selamat berjuang...


>
>
> Sekalung tahniah kepada cikgu Anuar kerana penghijrahannya. Begitulah
> rutin hidup seseorang yang bernama kakitangan awam. Bagaimanapun,
> kakitangan swasta seperti saya pun tidak terkecuali daripada penghijrahan
> ini.
> Untuk makluman kawan-kawan, berkuatkuasa 15 Februari 2008, saya juga telah
> berhijrah. Berhijrah ke Sinar Harian Selangor.
> Jadi tempoh 13 hari ini (1hb Feb hingga 13 Feb 2008) merupakan hari-hari
> terakhir saya di Sinar Harian Kelantan.
> Saya ke sana untuk membantu operasi editorial di ibu pejabat Shah Alam
> sebagai Penolong Editor Edisi Selangor.
>
> Kepada rakan-rakan yang pernah menyumbangkan bahan berita ketika saya
> menerajui editorial Kelantan dari 1 Disember 2006 hingga 13 Februari 2008,
> saya mohon jutaan maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa sehingga
> menyebabkan rakan-rakan (terutama stringer Sinar Harian) terasa hati atau
> termakan hati dengan karenah saya. Sesungguhnya yang lemah itu adalah
> daripada saya, yang baik dan mulia itu daripada Allah SWT.
>
> Jumpa lagi. Wasalam.
>
>
>
> --- On Thu, 1/31/08, Ediramle Ismail  wrote:
>  From: Ediramle Ismail
> Subject: { PESISIR } Majlis Perpisahan Ketua 2
> To: [email protected]
> Date: Thursday, January 31, 2008, 9:32 AM
>
>
> Ketika saya menulis catatan ini, Sdr. Ketua Dua Pesisir, Anuar Musa baru
> saja berlepas dari SMK Berangan ke tempat kerja baru Di SMK Geting dengan
> diiringi beberapa rakan sejawatnya dan akan bertugas di sana selaku
> Penolong Kanan Kokurikulum. Tahniah.
>
> Itulah sebahagian daripada erti kehidupan, tak ada yang kekal. Hidup
> adalah sebuah kembara yang kita tidak akan diam pada masa dan tempat yang
> sama sepanjang masa.
>
> Semoga akan lebih cemerlang dalam segala segi bidang kehidupan yang
> diceburi.
>
> Bermula hari ini pastinya saya tidak lagi akan sesering dulu bertemu sdr
> Ketua 2 dan ruang kesempatan untuk berbincang mengenai penulisan dan
> pesisir kini jadi terhad oleh jarak.
>
> Diharapkan walaupun sekarang terpaksa bertugas di tempat yang berlainan,
> Sdr. Sering-seringlah buka e-mel terutamanya emel dari egroup pesisir dan
> di situ kita masih dapat berbicara seperti sekarang.
>
> Walaupun apa di sudut lain  kita masih sebagai penulis dan penulis harus
> meneruskan karyanya yang terbengkalai.
>
> Ediramle Ismail
>
> * Seperti dijanjikan dengan diri sendiri, kini sedang mengintai-intai
> kepada siapakah untuk diserahkan SU1 tahun ini.
>
>
>           Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.
>    


Kirim email ke