Sekiranya ada fikiran negatif yang mengalir dalam fikiran kita ianya akan menelan fikiran positif satu persatu dan kita lama kelamaan akan jadi manusia yang berminda negatif. Tanda-tanda orang berminda negatif akan sentiasa menyalahkan orang lain dan berfikiran tidak boleh.
Sebaliknya mereka yang berminda positif sentiasa berfikiran boleh dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri sendiri yang kemudian dimanfaatkan kepada umum. Berfikiran boleh jangan disalah mengertikan. Kalau salah dimengertikan ia akan menjadi makna lain. Kuasa minda begitu hebat dan bertepatanlah kiranya ada yang mengatakan kita adalah apa yang difikirkan. Ediramle
