Saing-saing pakdo sekelian, pakdo harapkan agar izinkan pakdo mencatat
pandangan pakdo di sini untuk sekeian kalinya.

Alhamdulillah hari ini pakdo rasa segar sikit walaupun sejak pagi hingga ke
ketika ini pakdo masih rasa sakit kepala dan memaksakan pakdo menelan dua
biji panadol untuk menahannya.

Pakdo tidur sepagian dan bila terjaga pakdo tersenyum sendirian. Pakdo
bermimpikah. Tidak pakdo tidak bermimpi apa-apa ketika tertidur dan badan
pakdo melakukan pemulihan dengan mengerahkan segala bala tenteranya membantu
agar sakit kepala pakdo pulih. Biarpun mereka tidak berjaya sepenuhnya,
pakdo menghargai perana mereka.
Ketika aliran darah seakan terhalang daripada membekalkan oksigen ke semua
bahagian badan, urat-urat dan sekeliannya berusaha untuk membantu .

Terima kasih pakdo ucapkan kepada komponen dalam diri pakdo yang telah
bergotong royong memulihkan dengan dokongan minda bawah sedar. Namun semua
itu adalah dengan kuasa Allah yang tiada tandingannya.

Pakdo biasanya tersenyum bila didatangi perasaan yang sangat seni , mungkin
ketika itu pakdo berada di bawah tahap  gelombang otak alpha dan berada
dalam keadaan separa sedar. Ketika ini minda berada di tahap kesedaran yang
tinggi dan hebat.
Pemikiran bawah sedar ini punyai kekuatan yang luar biasa yang mungkin tidak
terfikirkan.

Selain minda bawah sedar, bagi pakdo perasaan juga punya kehebatannya yang
tersendiri. Kehebatan dapat dirasakan terutamanya melalui kasih sayang,
persahabatan, persaudaraan  dan keazaman.

Kehebatan kasih sayang membuatkan seseorang dengan penuh rela mengorbankan
termasuk apa sahaja sama-ada wang ringgit dan tenaga demi mempertahankannya.

Persaudaraan membuatkan pertentangan demi pertentangan dan perbezaan
pandangan tidak merupakan halangan untuk menganggu gugat persaudaraan.

Sekadar ini dulu .

-- 
HOrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke