Saing-saing pakdo sekelian. Hari ini sudah Khamis 6hb Mac 2008. Pakdo kira
ramai juga saing-saing dan adik kakok pakdo yang berada di perantauan,  akan
,telah atau dalam perjalanan untuk pulang ke kampung buat sehari dua sempena
cuti persekolahan minggu depan.

Alhamdulillah, Negeri kita sekarang dalam keadaan sungguh aman damai
walaupun penduduknya terpaksa berlawan sesama sendiri yang kemuncaknya pada
hari sabtu ini. Sama ada yang menganggap perlawanan ini secara perlawanan
sebenar atau sebahagian lainnya anggap sebagai perlawanan persahabatan dan
selepas ini sama-sama kita kembali hidup dalam suatu keluarga . Sama-sama
mendirikan masyarakat agar dapat mewujudkan masyarakat sekitar kita menjadi
antara yang terbaik dalam banyak segi.

Sepertimana saing-saing pakdo . Pakdo juga bercadang untuk menunaikan
tanggungjawab yang diberikan pada 8 Mac ini. Pakdo nak ajak makdo  untuk
sama-sama tunaikan kewajiban itu dan berhajat nak pergi pagi-pagi lagi ke
tempat pembuktian tanggungjawab tersebut. Ketika itu pakdo dan makdo adalah
antara mereka yang awal datang dan berbaris menunggu giliran.

Seperti ingin menghadiri majlis perayaan, pakdo berhias diri,pakdo potong
juntaian misai, pakdo nak pakai baju yang makdo baru belikan khas untuk
pakdo.

Pakdo menonggang motosikal bersama makdo  dan meletak motorsikal di luar
pagar sekolah.Dengan senyuman sebagai tanda keyakinan dan tanpa merasa
sebarang dendam  menuju ke barung untuk mendaftar untuk mendapat nombor
siri.

Dari barung pakdo akan berbaris pada saluran yang ditetapkan. Berbaris ni
lebih menampakkan kemeriahan pagi ini. Tidak lama kemudian pakdo menyerahkan
kad pengenalan kepada petugas di sini.Petugas kemudian melihat wajah pakdo
.Pakdo tersenyum.
Petugas itu juga turut tersenyum dan menyebut nombor 234  pakdo bin tokdo
kemudian membuat satu garisan pada kertas . Kad pengenalan pakdo
dikembalikan.

Petugas kedua memotong dua keping kertas berwarna oren dan merah jambu dan
hulurkan kepada petugas ketiga untuk ditindik.
Petugas ketiga menindik kertas kemudian diberi kepada pakdo.

Pakdo menuju ke ruang yang separuh tertutup dan memerhati seketika kertas di
tangan untuk mengenalpasti bahagian mana yang perlu ditandakan. Setelah
didapati tidak tersilap tempat, Dengan bacaan Bismillah pakdo mula menanda
pada kedua-dua kertas tadi dan melipat empat supaya tak dapat dilihat oleh
sesiapapun.

Pakdo bawa kertas yang telah ditanda dan dilipat empat itu dan memasukkannya
ke dalam dua peti lut sinar yang disediakan.
Sampai di sini selesai tanggungjawab yang diberikan kepada pakdo dan pakdo
akan keluar dari bilik itu.

Pakdo memberi senyuman kepada mereka yang di hadapan pakdo dan keluar
bersama makdo setelah makdo juga selesai tunaikan tanggung jawab tersebut.

Malam nanti pakdo bercadang untuk menguatkan mata bagi menyaksikan
keputusan-keputusan yang bakal diumumkan satu persatu. Apa sahaja keputusan
tiada pilihan lain lagi selain pakdo kena akur.

Sebelum itu pakdo nak mohon maaf kepada saing-saing pakdo semua yang membaca
catatan pakdo ini. Walaupun antara kita ada sedikit sebanyak perbezaan. Kita
tetap sahabat dan persahabatan tidak boleh kita samakan dengan perbezaan
pemahaman walaupun ada antara kita yang berbeza pandangan.

Pakdo impikan anak bangsa pakdo sebagai antara yang hebat dan terbilang.


-- 
HOrmat selalu daripada Pakdo

Kirim email ke