Esok Hanuman berangkat balik ke Tumpat untuk satu kewajipan, sungguhpun
Hanuman berada
jauh diselatan, yang boleh dikata kubu kuat keris, rasa ingin juga melihat
adik kakak kita di Kelantan merasai arus perubahan sepertimana berlaku di
tempat Hanuman ni, yang jauh lebih kehadapan berbanding negeri kelahiran, Di
sini tak siapapun menghalang kita dari buat amal ibadat, kita buat kita
dapat, tapi kalu nak melakukan maksiat tak kira di mana tempat pun, di
serambi mana pun boleh berlaku, so jangan salahkan orang, kitalah yang patut
berfikir, kalu kecoh-kecoh,kalut ribut tak tentu pasal, macam mana nak maju?

Tak tahulah kalau dah taksub sangat tv, surat khabar pun tak dibaca, asyik
buat andaian di kedai-kedai kopi pastinya yang orang buat semua tak
betul,orang lain dianggapnya bodoh, sebab itulah keluar macam-macam
petua ( fatwa ) maki boleh,mencarut boleh,orang utan boleh, maha firaun
,tuduh sesama Islam kafir semua boleh, boleh pulak dia yakin orang tu masuk
syurga neraka, saya rasa inilah orang yang panas punggung,hasad ,iri,dengki
dengan kerja kebajikan orang lain yang dia pulak kata nak buat kebajikan
selepas ni.

Adat berjuang ada kalah ada menang, dan saya sentiasa masak dengan suasana
tu,bak menonton pasukan Bola sepak Kelantan, yang adakala menang dan
kalahnya, tapi kalau menang hati rasa puas,adik kakak akan tumpang senang,
dan kalau takut pada maksiat, jom kita lakukan sesuatu, kerana dari zaman
dahulu kala pun maksiat dah tumbuh dan subur, kita harap itu dapat kita
bendung dan dikurangi,

18 tahun yang lalu,Kelantan juga tak pernah tak ada maksiat pun...cuba
tengak rekod kat balai polis di sepuluh daerah di Kelantan, anda pasti
terduduk gila!



On 3/6/08, Anuar Musa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
> ambo pun turut berasa ceria dan suka dengan hari raya negara pada 8 mac
> nanti. berdebar pun ada, berdebar kerana rasa tak sabar nak buat kerajaan
> baru. kerajaan berwibawa dan pastinya bersama pak do akan nikmati suasana
> iklim yang baru dalam era maya baru kelate baru kelate maju.
>
> ambo pun nak masuk barisan pagi-pagi lagi...
>
> > Saing-saing pakdo sekelian. Hari ini sudah Khamis 6hb Mac 2008. Pakdo
> kira
> > ramai juga saing-saing dan adik kakok pakdo yang berada di perantauan,
> > akan
> > ,telah atau dalam perjalanan untuk pulang ke kampung buat sehari dua
> > sempena
> > cuti persekolahan minggu depan.
> >
> > Alhamdulillah, Negeri kita sekarang dalam keadaan sungguh aman damai
> > walaupun penduduknya terpaksa berlawan sesama sendiri yang kemuncaknya
> > pada
> > hari sabtu ini. Sama ada yang menganggap perlawanan ini secara
> perlawanan
> > sebenar atau sebahagian lainnya anggap sebagai perlawanan persahabatan
> dan
> > selepas ini sama-sama kita kembali hidup dalam suatu keluarga .
> Sama-sama
> > mendirikan masyarakat agar dapat mewujudkan masyarakat sekitar kita
> > menjadi
> > antara yang terbaik dalam banyak segi.
> >
> > Sepertimana saing-saing pakdo . Pakdo juga bercadang untuk menunaikan
> > tanggungjawab yang diberikan pada 8 Mac ini. Pakdo nak ajak makdo untuk
> > sama-sama tunaikan kewajiban itu dan berhajat nak pergi pagi-pagi lagi
> ke
> > tempat pembuktian tanggungjawab tersebut. Ketika itu pakdo dan makdo
> > adalah
> > antara mereka yang awal datang dan berbaris menunggu giliran.
> >
> > Seperti ingin menghadiri majlis perayaan, pakdo berhias diri,pakdo
> potong
> > juntaian misai, pakdo nak pakai baju yang makdo baru belikan khas untuk
> > pakdo.
> >
> > Pakdo menonggang motosikal bersama makdo dan meletak motorsikal di luar
> > pagar sekolah.Dengan senyuman sebagai tanda keyakinan dan tanpa merasa
> > sebarang dendam menuju ke barung untuk mendaftar untuk mendapat nombor
> > siri.
> >
> > Dari barung pakdo akan berbaris pada saluran yang ditetapkan. Berbaris
> ni
> > lebih menampakkan kemeriahan pagi ini. Tidak lama kemudian pakdo
> > menyerahkan
> > kad pengenalan kepada petugas di sini.Petugas kemudian melihat wajah
> pakdo
> > .Pakdo tersenyum.
> > Petugas itu juga turut tersenyum dan menyebut nombor 234 pakdo bin tokdo
> > kemudian membuat satu garisan pada kertas . Kad pengenalan pakdo
> > dikembalikan.
> >
> > Petugas kedua memotong dua keping kertas berwarna oren dan merah jambu
> dan
> > hulurkan kepada petugas ketiga untuk ditindik.
> > Petugas ketiga menindik kertas kemudian diberi kepada pakdo.
> >
> > Pakdo menuju ke ruang yang separuh tertutup dan memerhati seketika
> kertas
> > di
> > tangan untuk mengenalpasti bahagian mana yang perlu ditandakan. Setelah
> > didapati tidak tersilap tempat, Dengan bacaan Bismillah pakdo mula
> menanda
> > pada kedua-dua kertas tadi dan melipat empat supaya tak dapat dilihat
> oleh
> > sesiapapun.
> >
> > Pakdo bawa kertas yang telah ditanda dan dilipat empat itu dan
> > memasukkannya
> > ke dalam dua peti lut sinar yang disediakan.
> > Sampai di sini selesai tanggungjawab yang diberikan kepada pakdo dan
> pakdo
> > akan keluar dari bilik itu.
> >
> > Pakdo memberi senyuman kepada mereka yang di hadapan pakdo dan keluar
> > bersama makdo setelah makdo juga selesai tunaikan tanggung jawab
> tersebut.
> >
> > Malam nanti pakdo bercadang untuk menguatkan mata bagi menyaksikan
> > keputusan-keputusan yang bakal diumumkan satu persatu. Apa sahaja
> > keputusan
> > tiada pilihan lain lagi selain pakdo kena akur.
> >
> > Sebelum itu pakdo nak mohon maaf kepada saing-saing pakdo semua yang
> > membaca
> > catatan pakdo ini. Walaupun antara kita ada sedikit sebanyak perbezaan.
> > Kita
> > tetap sahabat dan persahabatan tidak boleh kita samakan dengan perbezaan
> > pemahaman walaupun ada antara kita yang berbeza pandangan.
> >
> > Pakdo impikan anak bangsa pakdo sebagai antara yang hebat dan terbilang.
> >
> >
> > --
> > HOrmat selalu daripada Pakdo
> >
>
> 
>

Kirim email ke