Allah melarang  berbunuh - bunuhan  sesama manusia. tapi di kota kl ni ramai 
manusia telah terbunuh sifat manusiawi. tiada cakna  lagi.

Supian Hassan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          Saya amat-amat setuju dengan 
komentar sdr.Hashim. memang begitulah yang terjadi,trajidi yang harus kita 
fikir masak-masak...cubalah bermain dengan api.....

  On 3/9/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:             tak siapa 
sangka (mungkin sudah ada yang menyangka) PRU12  yang baru saja selesai 
merupakan tsunami kepada parti-parti tertentu.  rata riti orang bercakap dan 
mengomel perihal situasi tersebut.  ada yang tersenyum sambil melambung kopiah 
dan serban  dan ada yang bersedih dengan menyandarkan tubuh pada kerusi.  

ada wajah ceria dan ada wajah gundah.  wajah ceria mula bercakap tentang itu 
dan ini, tentang negara, negeri dan daerah, tentang masa depan parti sekaligus 
mengalahkan mujahidin Afghanistan atau sesiapa sahaja di dunia ini.

wajah gundah mula berfikir dan memeta di dalam diri.  kenapa ketewasan yang 
dialami sedangkan seluruh jentera sudah digerakkan untuk memenangkan partinya.  
hakikatnya, bila sudah tewas, tewaslah yang diterima.  ada hikmah dan kelemahan 
tersendiri.

menteri dan timbalan menteri yang mempertahankan kerusi masing-masing tumbang 
satu persatu.  wakil-wakil rakyat yang sudah banyak jasanya kepada rakyat, pun 
kecundang hanya kerana pengundi emosi.   pengundi  emosi tidak fikirkan 
kebajikan dan kebaikan yang telah ditaburkan  bekas wakil rakyat tersebut.  
kata lain, kalau A kecundang biarlah B juga tumpang tewas.  Atau perumpamaan 
kata, Kalah jadi abu menang jadi arang. 

apa pun yang kalah sabar ajelah (kalau boleh sabar) dan yang menang janganlah 
angkat jambol pulak.  nak bermegah konon kitalah yang tewaskan helang yang 
gagah di langit tinggi, sedangkan kita hanyalah ayam raga yang tidak bertaji.  
kalau pun ada taji, taji itu hayalah digunakan buat  menggaru gatal.

aduhai pilihanraya sudah berlalu.  kini wakil rakyat baru yang diberi mandat 
menjaga rakyat mestilah membuka idea dan anjakan paradigma untuk menjaga hati 
mereka-mereka yang telah mengundi.

Apa pun diharap yang baru lebih baik dari yang lama.   kalau yang lama dah buat 
MRSM, atau IKBN  biarlah yang baru  membuat tapak pelancaran roket ke angkasa 
atau  dermaga kapal selam yang terbesar sekali di dalam dunia.  atau lapangan 
terbang buat roket mendarat atau membaut masjid diangkasa, barulah ada class!  
jangan cukup bulan terima gaji dan elaun sudahlah.  rakyat rata riti keluar 
gunung, panjat buklit, redah laut dan bukit cari makan.  

apa pun, memang t.  ada kalah ada menang.  ada tada angin ada juga tsunami.  
semua itu mengajar kita mengenai kebesaran dan kehebatan serta kekuatan Allah 
S.W.T.

sabarlah dan jangan mudah melatah dan mendabik dada.  tuhan marah!



    
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   
  
  
  






  

                         

       
Malaysia 2008 General ElectionGet the latest election news now and LIVE results 
on March 8

Kirim email ke