Saya amat-amat setuju dengan komentar sdr.Hashim. memang begitulah yang
terjadi,trajidi yang harus kita fikir masak-masak...cubalah bermain dengan
api.....

On 3/9/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   tak siapa sangka (mungkin sudah ada yang menyangka) PRU12  yang baru
> saja selesai merupakan tsunami kepada parti-parti tertentu.  rata riti orang
> bercakap dan mengomel perihal situasi tersebut.  ada yang tersenyum sambil
> melambung kopiah dan serban  dan ada yang bersedih dengan menyandarkan tubuh
> pada kerusi.
>
> ada wajah ceria dan ada wajah gundah.  wajah ceria mula bercakap tentang
> itu dan ini, tentang negara, negeri dan daerah, tentang masa depan parti
> sekaligus mengalahkan mujahidin Afghanistan atau sesiapa sahaja di dunia
> ini.
>
> wajah gundah mula berfikir dan memeta di dalam diri.  kenapa ketewasan
> yang dialami sedangkan seluruh jentera sudah digerakkan untuk memenangkan
> partinya.  hakikatnya, bila sudah tewas, tewaslah yang diterima.  ada hikmah
> dan kelemahan tersendiri.
>
> menteri dan timbalan menteri yang mempertahankan kerusi masing-masing
> tumbang satu persatu.  wakil-wakil rakyat yang sudah banyak jasanya kepada
> rakyat, pun kecundang hanya kerana pengundi emosi.   pengundi  emosi tidak
> fikirkan kebajikan dan kebaikan yang telah ditaburkan  bekas wakil rakyat
> tersebut.  kata lain, kalau A kecundang biarlah B juga tumpang tewas.  Atau
> perumpamaan kata, Kalah jadi abu menang jadi arang.
>
> apa pun yang kalah sabar ajelah (kalau boleh sabar) dan yang menang
> janganlah angkat jambol pulak.  nak bermegah konon kitalah yang tewaskan
> helang yang gagah di langit tinggi, sedangkan kita hanyalah ayam raga yang
> tidak bertaji.  kalau pun ada taji, taji itu hayalah digunakan buat
> menggaru gatal.
>
> aduhai pilihanraya sudah berlalu.  kini wakil rakyat baru yang diberi
> mandat menjaga rakyat mestilah membuka idea dan anjakan paradigma untuk
> menjaga hati mereka-mereka yang telah mengundi.
>
> Apa pun diharap yang baru lebih baik dari yang lama.   kalau yang lama dah
> buat MRSM, atau IKBN  biarlah yang baru  membuat tapak pelancaran roket ke
> angkasa atau  dermaga kapal selam yang terbesar sekali di dalam dunia.  atau
> lapangan terbang buat roket mendarat atau membaut masjid diangkasa, barulah
> ada class!  jangan cukup bulan terima gaji dan elaun sudahlah.  rakyat rata
> riti keluar gunung, panjat buklit, redah laut dan bukit cari makan.
>
> apa pun, memang t.  ada kalah ada menang.  ada tada angin ada juga
> tsunami.  semua itu mengajar kita mengenai kebesaran dan kehebatan serta
> kekuatan Allah S.W.T.
>
> sabarlah dan jangan mudah melatah dan mendabik dada.  tuhan marah!
>
>
>
>  ------------------------------
> Never miss a thing. Make Yahoo your 
> homepage.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51438/*http://www.yahoo.com/r/hs>
>
> 
>

Kirim email ke