Saya sangat berminat untuk menulis fiksyen sains kerana di dalamnya boleh
diselit di sana sini pemikiran tentang ICT, tentang teknologi, tentang
pentingnya penguasaan sains teknologi terhadap masyarakat di negara kita.


InsyaAllah, saya akan cuba. Sebelum itu saya mohon laluan kepada pesisir
supaya tahun ini tidak meletakkan saya di posisi penting dalam persatuan.

Saya bercadang untuk buat kajian yang agak mendalam supaya fakta-fakta
tetap terjaga biarpun ianya sebuah karya sastera.
Fiksyen Sains tentunya tidak sama dengan novel fantasi.

Adakala tu, kaji punya kaji, selidik punya selidik novel yang ditulis tak
siap-siap juga. Tapi kepuasannya tetap ada kerana tahu sedikit sebanyak
tentang sesuatu yang sebelum ini tidak diketahui.


Kepada penulis pesisir, terutamanya yang berada di Kuala Lumpur atau
kawasan yang berhampiran atau di mana saja yang berkesempatan eloklah
ikuti bengkel khas Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi seperti yang
dipetik daripada laman blog http://tintarona.blogspot.com seperti di
bawah:


BENGKEL KHAS SAYEMBARA FIKSYEN SAINS & TEKNOLOGI

Sempena dengan Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi UTM-Kumpulan Utusan
2008, satu bengkel penulisan berkaitan akan diadakan.

Maklumat bengkel adalah sebaimana berikut;

TARIKH : 6 APRIL 2008
TEMPAT : BILIK KELANTAN, PWTC KL
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
BAYARAN : RM50/SEORANG
TERMASUK MINUM PAGI DAN PETANG
MAKAN TENGAHARI
BAHAN BENGKEL

TEMPAHAN/KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

EN. YOSMAN – 07-5218166
PN. YATI – 07-5218167
CIK MALA – 07-5218169




On Tue, April 1, 2008 9:22 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
Salam, saya percaya kalau saudara Edi menekuni sayembara ini pasti ada
sesuatu yg mampu dicetuskan. lagipun, saya masih terkesan dengan misi
sarwajagat nya beberapa tahun yang lalu. Kalau penulis dapat bersama2 di
bengkel sayembara ini lebih baik, namun, kalau tak berkesempatan ..
mungkin boleh menjadikan sains fiksyen barat sebagai panduan. tetapi
jangan lupa, mesti bernuansa tempatan. lebih bagus...mampu pula berdialog
di peringkat antarabangsa. www.tintarona.blogspot.com

  ----- Original Message -----
  From: "Ediramle Ismail"
  To: [email protected]
  Subject: Re: { PESISIR } Borang Sayembara Novel
  Date: Mon, 31 Mar 2008 17:00:55 +0800 (MYT)

  Terima kasih sdr. RMN.

  Saya berminat untuk menyertai sayembara Fiksyen Sains & Teknologi ,
  tapi
  setakat ini belum dapat bayangkan latar tempat, masa dan perjalanan
  cerita.

  Kalau ada rakan-rakan yang beri sedikit idea mungkin menjadi sangat
  berguna untuk diambil intinya.

  Ediramle Ismail.

  On Mon, March 31, 2008 9:31 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
  Clik di sini untuk borang penyertaan Sayembara Fiksyen Sains &
  Teknologi
  UTM-Kumpulan Utusan



Kirim email ke