Assalamualaikum
Berbicara tentang kembara..... kita sememangnya seorang pengembara di dunia
ini. Kita seharusnya menjadi pengembara untuk mengisi kehidupan ini....
Saya juga sedang mati akal untuk kembali menulis...mungkin kerana kehidupan
yang terlalu selesa kita menjadi semakin tidak peka..atau mungkin kita menjadi
tidak peka kerana kita rasa berkarya bukan lagi matlamat hidup seperti dulu.
Kembara sebenarnya menajamkan jiwa. Dari Kuala Lumpur ke Tumpat dengan keretapi
menjadikan kita pengembara yg akan punya idea, tapi kerana keselasaan hidup
kita lebih senang menaiki kapal terbang sedangkan pengembaraan yg singkat itu
membuatkan kita semakin kehilangan rasa.
Sebenarnya, dalam pengembaraan ini, semakin banyak bertemu ranjau, semakin
kita kerap menempuh derita dan semakin banyak kita merasa kecewa, minda kita
akan semakin tajam untuk berkarya.
Saya pernah cuba mengumpul bahan dari internet untuk berkarya tapi sayangnya
saya dapati karya saya hilang jiwa berbanding saya mendapat ilham dari
pengalaman sendiri...
Jomlah, sesekali jadikan diri kita derita atau terluka supaya kita tidak
kehilangan rasa dalam berkarya.....
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Selepas
kembara pulau Delta, dan Kembara Pantai Delta , bermula petang 6
April hingga tengah hari 12 April saya langsung tidak berkesempatan
melayari internet kerana jalani dua siri kembara iaitu Kembara minda dan
Kembara rehat minda. Yang menariknya beberapa idea diterima semasa dalam
perjalanan menaiki kereta api dari Tumpat ke Kluang dan perjalanan balik
dari Kluang ke Tumpat .Selebihnya berada di Parit Raja dan Batu Pahat
kurang lebih 5 hari. Tak banyak perkara yang ditemui di sana selain
sambungan kepada apa yang ditemui di perjalanan kereta api.
Ada beberapa siri kembara lagi termasuk kembara siber, kembara maklumat
bakal dijalani bertujuan sebagai usaha untuk kembali menulis semula
setelah sekian lama seakan berhenti menulis (Karya Sastera).
Sukar sungguh dirasakan untuk kembali berkarya setelah sekian lama
meninggalkannya dan rasanya tidak lagi boleh kembali untuk menulis sajak
kerana seperti dirasakan kehilangan kepekaan berbanding suatu ketika dulu.
Kepada rakan-rakan pesisir, saya mohon laluan agar sentiasa dapat
berkhidmat kepada pesisir hanya sebagai ajk biasa ( Dalam Biro ICT).
Ediramle Ismail.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com