Saya juga sering impikan kehidupan yang senang lenang. Selalu juga
berangan-angan untuk menjadi orang yang miliki kemewahan hidup. Saya ingin
sekali-sekala menjalani kembara termasuk ke tempat-tempat yang jauh.

Saya juga pernah membina istana mimpi dengan berhiaskan taman dan
kolam-kolam yang tenang dengan jajaran pohonan yang berbaris indah.
Bunga-bunga aneka warna rapi terjaga dan setiap petang berjalan-jalan di
sekitarnya menghirup segarnya udara nyaman kurnia yang Maha Berkuasa.

Ketika itu bayangkan saya dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Ketika itu banyak sekali bentuk sumbangan yang boleh diberikan. Saya juga
dapat membekalkan anak cucu dengan modal mencukupi  agar mereka juga bakal
berjaya kemudiannya, kerana kejayaan nampaknya seperti ringgit sebagai
ukuran utamanya walaupun banyak lagi kekayaan-kekayaan yang tidak dapat
diukur dengan nilai ringgit.

Apakah saya sememangnya sudah terlewat. Rasanya tidak, apakah saya tidak
mungkin perolehinya , juga rasanya tidak. Tapi soalnya apakah saya
benar-benar mahukannya , ini juga rasanya tidak.

Hidup yang tenang dan damai. Alangkah indahnya. Mengeluarkan
fikiran-fikiran yang kotor , membuang sampah-sampah pemikiran dan kepala
alangkah tenangnya.

Bila badan tenang diri juga akan tenang. Tapi ketenangan bukannya
berkekalan kerana ada unsur lain yang boleh merubahnya.

Manusia terbahagi kepada 4 unsur.
Pertamanya Badan zahir . Badan ini yang kita nampak dan hiasi dengan
kesenangan dan makanan yang lazat-lazat, pakaian yang indah-indah. Dan
ianya adalah keistimewaan manusia yang membezakan manusia dengan makhluk
lain kerana selain bentuknya yang cantik, tampan dan menarik ianya juga
dilengkapi oleh otak yang tiada ditandingi oleh makhluk lain baik yang
berupa mesin atau berupa hidupan.

Unsur kedua manusia adalah Ruh . Ini unsur yang paling sukar difahami.
Rahsianya tidak banyak dapat dibongkar. Namun ianya penting dan boleh
dikatakan inilah diri kita sebenarnya.

Unsur ketiga iaitu badan Astral. Badan ini sangat istimewa dan begitu
menyerupai badan kasar, tapi ia bukan badan yang boleh dilihat dengan mata
kasar. Banyak orang telah mengcungkil rahsianya, tapi masih ramai yang
tidak memperdulikannya.

Dan unsur keempat ialah badan eteris badan ini berada di sekeliling badan
kasar, berwarna-warni dan bersinar.

Ketika kita mengutamakan pemberian makanan yang lazat-lazat kepada badan
kasar kita terlupa mengistimewakan badan-badan lain . Itu membuatkan
kurangnya keseimbangan dalam tubuh badan yang adakalanya kita tidak
menyedarinya.

Edi


On Mon, April 14, 2008 8:31 pm, Siti Aminah Mat wrote:

bagi  saya, kehidupan  yang  paling  selesa, paling  mewah  dan sempurna
adalah dlm  keadaan  yg  serba  sederhana.
saya rasa  sungguh  tenang  dan  bahagia  dlm pertualangan  yg  begini
sederhana  dan  mncabar  daya  fikir  utk  bertindak  waja, tabah.lebih
nikmat  menangisi  diri  sendiri  drp  mentertawakan  org lain.
-lebih  selesa hidup  dlm  kesusahan  drp menyusahkan  org lain.

--- Pada Isn, 14/4/08, wan zainab saupik  menulis:
 Daripada: wan zainab saupik
Subjek: Re: { PESISIR } Siri Kembara
Kepada: [email protected]
Tarikh: Isnin, 14 April , 2008, 10:01 AM


Assalamualaikum

Berbicara tentang kembara..... kita sememangnya seorang pengembara di
dunia ini. Kita seharusnya menjadi pengembara untuk mengisi kehidupan
ini....

Saya juga sedang mati akal untuk kembali menulis...mungkin kerana
kehidupan yang terlalu selesa kita menjadi semakin tidak peka..atau
mungkin kita menjadi tidak peka kerana kita rasa berkarya bukan lagi
matlamat hidup seperti dulu.

Kembara sebenarnya menajamkan jiwa. Dari Kuala Lumpur ke Tumpat dengan
keretapi menjadikan kita pengembara yg akan punya idea, tapi kerana
keselasaan hidup kita lebih senang menaiki kapal terbang sedangkan
pengembaraan yg singkat itu membuatkan kita semakin kehilangan rasa.

Sebenarnya, dalam pengembaraan ini, semakin  banyak  bertemu ranjau,
semakin kita kerap menempuh derita dan semakin banyak kita merasa kecewa,
minda kita akan semakin tajam untuk berkarya.

Saya pernah cuba mengumpul bahan dari internet untuk  berkarya tapi
sayangnya saya dapati karya saya hilang jiwa berbanding saya mendapat
ilham dari pengalaman sendiri...

Jomlah, sesekali jadikan diri kita derita atau terluka supaya kita tidak
kehilangan rasa dalam berkarya.... .

Ediramle Ismail  wrote:   Selepas kembara pulau Delta, dan Kembara Pantai
Delta , bermula petang 6
April hingga tengah hari 12 April saya langsung tidak berkesempatan
melayari internet kerana jalani dua siri kembara iaitu Kembara minda dan
Kembara rehat minda. Yang menariknya beberapa idea diterima semasa dalam
perjalanan menaiki kereta api dari Tumpat ke Kluang dan perjalanan balik
dari Kluang ke Tumpat .Selebihnya berada di Parit Raja dan Batu Pahat
kurang lebih 5 hari. Tak banyak perkara yang ditemui di sana selain
sambungan kepada apa yang ditemui di perjalanan kereta api.

Ada beberapa siri kembara lagi termasuk kembara siber, kembara maklumat
bakal dijalani bertujuan sebagai usaha untuk kembali menulis semula
setelah sekian lama seakan berhenti menulis (Karya Sastera).

Sukar sungguh dirasakan untuk kembali berkarya setelah sekian lama
meninggalkannya dan rasanya tidak lagi boleh kembali untuk menulis sajak
kerana seperti  dirasakan kehilangan kepekaan berbanding suatu ketika
dulu.

Kepada rakan-rakan pesisir, saya mohon laluan agar sentiasa dapat
berkhidmat kepada pesisir hanya sebagai ajk biasa ( Dalam Biro ICT).

Ediramle Ismail.



Kirim email ke