Barangkali ini sesuatu yang rumit untuk diperkatakan tentang otak, Ruh, minda, minda bawah sedar, minda supersedar, hati, kalbu, nyawa, badan wadaq, badan astral, aura, perasaan, jiwa dan seumpamanya.
Hanya sebahagian kecil sahaja mungkinnya yang diketahui terutamanya tentang ruh. sedangkan yang lainnya sentiasa dikaji diselidiki dan dialami oleh manusia baik menggunakan kaedah formal dan tidak formal. Baik melalui kajian menggunakan paralatan dan kajian pengalaman batin seseorang tertentu. Antara semuanya ada perbezaan. Otak dan hati adalah berupa benda (organ), tapi minda, pemikiran, perasaan , jiwa tidak merupakan benda. Dalam soal hati nampaknya seperti ada dua yang berbeza iaitu hati yang bersifat organ dan hati yang tidak bersifat organ. Hati dari sudut sainsnya adalah organ kita yang terbesar. Pada orang dewasa beratnya mencapai kira-kira 1.3 kg dan terbahagi 2 lobus, iaitu kiri dan kanan. Selain besar dalam ukuran, organ hati juga punya peranan hebat dalam proses pencernaan, berperanan dalam pelbagai reaksi kimiawi tubuh yang berbeza juga berfungsi sebagai organ penyimpan. Fungsi utama hati adalah mengumpulkan darah dari saluran cerna melalui sirkulasi hepatik dan memasukkan berbagai substansi kimiawi tubuh ke dalamnya sebelum dialirkan kembali ke bagian tubuh lain. Fungsi organ hati belum sepenuhnya difahami. Beberapa fungsi dari organ tersebut ialah mengatur kadar gula darah ,Metabolisme lemak ,Metabolisme protein ,Penyimpanan vitamin ,Penyimpanan mineral ,Produksi empedu . Di sini kita tidak melihat fungsi hati memainkan peranan sebagai tempat bersarangnya perasaan. Orang pernah berkata sakit hati terhadap sesuatu atau terhadap orang lain. Apakah perasaan itu dirasakan di kepala atau di bahagian hati? Mungkin perkara ini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut. Edi.
