Ukuran kebijaksanaan haruslah menepati piawaian yang telah ditetapkan, tinggal
lagi sudahkah dipenuhi tuntutan hablun minnallah dari sudut vertikal dan hablun
minnannas dari sudut horizontalnya. Barulah menepati apa yang telah dibaiahkan
sebagaimana pengakuan kita dalam alastubirobbikum......tanpa mengira sama ada
nurul izah atau sesiapa sahaja (baik lelaki maupun perempuan). Lantaran itulah
ukurannya ialah KETAQWAAN bukanlah soal ideologi perjuangan.
Soal retorik dalam berkata-kata silakanlah kerana diberi keupayaan untuk tujuan
tersebut, namun akhirnya tatkala lidah dikelukan maka akan bersaksilah segala
pancaindera ke atas segala perlakuannya. Sesungguhnya KEADILAN Illahi tiada
tandingan dan cacat celanya.
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Wed, 16 Apr 2008 20:24:28
+0800Subject: Re: { PESISIR } Fungsi hati
bagi saya, sebagai seorang perempuan..
hati yg baik dan bersih tempat letaknya kebahgiaan.
hati yg bijak adalah hati yg berdoa, meminta yg terbaik utk orag lain-
trutama org yg kita sayangi.terakhir, barulah diri saya.
llaki? bijak di minda, kan?
wanita juga ramai yg bijak- wanita terbijak di dunia - siapa? mungkin Nurul
Izzah- pintar menggunakan bahasanya utk mempengaruhi org.
Begitu juga Sayiditina Aisyah- muslimah terbijak dan terunggul yg
meletakkan dirinya kecil di sisi Rasulullah. otak lelaki bijak, namun
sikap lelaki=malas.opps jangan mareee...gurau je.--- Pada Rab, 16/4/08,
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>Subjek: { PESISIR } Fungsi
hatiKepada: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]: Rabu, 16 April , 2008, 9:19 AM
Barangkali ini sesuatu yang rumit untuk diperkatakan tentang otak, Ruh,minda,
minda bawah sedar, minda supersedar, hati, kalbu, nyawa, badanwadaq, badan
astral, aura, perasaan, jiwa dan seumpamanya.Hanya sebahagian kecil sahaja
mungkinnya yang diketahui terutamanyatentang ruh. sedangkan yang lainnya
sentiasa dikaji diselidiki dan dialamioleh manusia baik menggunakan kaedah
formal dan tidak formal.Baik melalui kajian menggunakan paralatan dan kajian
pengalaman batinseseorang tertentu.Antara semuanya ada perbezaan. Otak dan hati
adalah berupa benda (organ),tapi minda, pemikiran, perasaan , jiwa tidak
merupakan benda.Dalam soal hati nampaknya seperti ada dua yang berbeza iaitu
hati yangbersifat organ dan hati yang tidak bersifat organ.Hati dari sudut
sainsnya adalah organ kita yang terbesar. Pada orangdewasa beratnya mencapai
kira-kira 1.3 kg dan terbahagi 2 lobus, iaitukiri dan kanan.Selain besar dalam
ukuran, organ hati juga punya peranan hebat dalamproses pencernaan, berperanan
dalam pelbagai reaksi kimiawi tubuh yangberbeza juga berfungsi sebagai organ
penyimpan.Fungsi utama hati adalah mengumpulkan darah dari saluran cerna
melaluisirkulasi hepatik dan memasukkan berbagai substansi kimiawi tubuh
kedalamnya sebelum dialirkan kembali ke bagian tubuh lain.Fungsi organ hati
belum sepenuhnya difahami. Beberapa fungsi dari organtersebut ialah mengatur
kadar gula darah ,Metabolisme lemak ,Metabolismeprotein ,Penyimpanan vitamin
,Penyimpanan mineral ,Produksi empedu .Di sini kita tidak melihat fungsi hati
memainkan peranan sebagai tempatbersarangnya perasaan.Orang pernah berkata
sakit hati terhadap sesuatu atau terhadap orang lain.Apakah perasaan itu
dirasakan di kepala atau di bahagian hati?Mungkin perkara ini boleh
dibincangkan dengan lebih lanjut.Edi.
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang
terbaikhttp://my.mail.yahoo.com/
_________________________________________________________________
Create photo panoramas easily with Photo Gallery!
http://www.get.live.com/wl/all