Khamis lepas saya antara beberapa orang anggota persatuan yang hadir ke Perjumpaan dengan pihak pendaftar pertubuhan yang mengadakan program Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Kelantan bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Tumpat.
Saya merasa terharu dengan kesungguhan yang dilakukan oleh Pegawai-pegawai Jabatan Pendaftar Pertubuhan tersebut. Pada pertemuan itu, agak banyak perkara yang sempat saya kemukakan pertanyaan dan mendapat penerangan daripada Pegawai-pegawai yang hadir pada ketika itu. Bagaimanapun saya tidak dapat menceritakan apakah perkara tersebut melainkan akan dimaklumkan pada mesyuarat AJK yang akan diadakan pada 25 April nanti . Bagaimanapun saya boleh katakan yang mesyuarat pada 25 April ini adalah merupakan antara mesyuarat AJK yang terpenting sejak beberapa tahun yang lalu. Oleh itu saya menyeru agar semua AJK (tidak termasuk yang berada di Luar Kelantan) agar dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Ediramle
