secara peribadi saya amat setuju dengan ediramli. kembalikan kegemilangan
pesisir. pesisir adalah satu-satunya persatuan penulis yang tidak pernah
berhadapan dengan gelora atau taufan sama ada ajk atau ahlinya.
sekarang ini terlalu banyak persatuan yang yang ditubuhkan atas niat lain.
niat kerjaya politik atau niat seumpamanya dengannya. sebab itu ada usaha cabar
mencabar berebut jawatan. ada usaha jatuh menjatuh menyusun kroni untuk terus
berkuasa.
pesisir masih seperti dulu.. berjuang untuk objektif sebenar
penubuhannya...TAHNIAH!
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Khamis lepas saya antara beberapa orang anggota persatuan yang hadir
ke
Perjumpaan dengan pihak pendaftar pertubuhan yang mengadakan program
Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Kelantan bertempat
di Pejabat Belia dan Sukan Tumpat.
Saya merasa terharu dengan kesungguhan yang dilakukan oleh Pegawai-pegawai
Jabatan Pendaftar Pertubuhan tersebut.
Pada pertemuan itu, agak banyak perkara yang sempat saya kemukakan
pertanyaan dan mendapat penerangan daripada Pegawai-pegawai yang hadir
pada ketika itu.
Bagaimanapun saya tidak dapat menceritakan apakah perkara tersebut
melainkan akan dimaklumkan pada mesyuarat AJK yang akan diadakan pada 25
April nanti .
Bagaimanapun saya boleh katakan yang mesyuarat pada 25 April ini adalah
merupakan antara mesyuarat AJK yang terpenting sejak beberapa tahun yang
lalu.
Oleh itu saya menyeru agar semua AJK (tidak termasuk yang berada di Luar
Kelantan) agar dapat hadir pada mesyuarat tersebut.
Ediramle
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.