Semua orang tahu memperkatakan tentang kasih sayang, kebencian dan kemarahan.
Namun tidak ada seorang pun yang tahu (kalau tahu pun dibuat tak tahu) tentang
hakikat kasih sayang, hakikat kebencian dan hakikat kemarahan. Tapi dalam masa
yang sama mungkin mereka yang merasakan dirinya benar itu tanpa disedari yang
dia sebenarnya yang telah membangkitkan rasa sedemikian terhadapa orang lain.
Oleh hal yang demikian sangat bertepatanlah perumpaaan yang memperkatakan
bahawa "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar", "Kuman
diseberang lautan nampak dilihat, tetapi gajah didepan mata tidak ternampak"
dan "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa". Entah
bagaimana itulah yang menjadi lintasan hati untuk berkongsi pengalaman tentang
lintasan fikiran yang diperkatakan.
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Fri, 18 Apr 2008 14:56:23
+0800Subject: { PESISIR } Rasa kasih sayang
Rasa kasih sayang boleh mempengaruhi suhu persekitaran.Saya tidak pasti apakah
kenyataan ini benar kerana ianya adalah suatukenyataan yang terlintas di
fikiran secara tidak sengaja.Rasanya benar juga kerana tenaga yang dikeluarkan
oleh rasa kasih sayangitu begitu dingin dan nyaman serta begitu halus dan
lembut .Energrinya menyerap perlahan-lahan sejara halus dan dapat menyejukkan
suhubadan dan suhu persekitaran.Sebaliknya rasa kebencian dan kemarahan serta
rasa-rasa negatif yang laindapat mempengaruhi suhu dan memanaskannya dan
membuatkan tidak saja sipemarah , malah orang-orang yang berada di sekitarnya
dalam suasana rasatidak selesa.Rasa benci itu ibarat api yang menyala-nyala dan
dengan rakusnya menyambarobjek-objek yang kering termasuk jiwa-jiwa yang kering
lalu membakarnyadan menaikkan suhu persekitaran.
_________________________________________________________________
Publish your photos to your Space easily with Photo Gallery
http://www.get.live.com/wl/all