Apa yang saya nak katakan terutamanya kepada AJK. Bahawa Mesyuarat AJK
kali ini adalah penting berbanding dengan mesyuarat AJK sebelumnya.

Tarikh:   25 April 2008
Hari :    Jumaat
Masa:     8.30 pagi
Tempat:   Rumah Ketua 2 Pesisir.

Agenda:

1. Mesyuarat Agung Pesisir/Kemaskini Pesisir.
2. 2 Program bersama DBPWT.
3. Hal-hal lain.

Saya berharap agar pesisir akan terus cemerlang dan bertambah
kecemerlangannya.

Terima kasih kepada sdr. Hashim, Sdr. sentiasa memberi semangat untuk saya
untuk terus bertahan dan sdr. yang selalu menyelamatkan saya ketika saya
kelemasan (dalam penulisan). Sdr. Hashim Latiff juga bagi saya adalah
lambang kegigihan yang sukar untuk ditandingi.

Dalam permasalahan yang dimaksudkan ianya boleh diertikan bahawa kerja
berat boleh diringankan kalau ianya disemasakan dan kerja ringan akan
menjadi berat kiranya ianya ditangguhkan. Sesuatu yang payah dapat
dimudahkan dengan kebiasaan dan sesuatu yang mudah akan dipayahkan oleh
penangguhan.

Ediramle







On Sun, April 20, 2008 5:03 am, hashim latiff wrote:
hambatan hidup yang simpang siur ternyata menyulitkan pertemuan pertubuhan
sukarela meskipun semuanya mempunyai segala kemudahan.  KADANG-KADANG HAL
KECIL SENGAJA DIBESARKAN, DISULITKAN, DIPAYAHKAN DAN DIJADIKAN ISI PENTING
 UNTUK TIDAK MENGHADIRKAN DIRI KE MESYUARAT AJK SEHNGGAKAN SUDAH 4 TAHUN
PESISISR MENINGGAL!

saya tahu dan faham ini pertubuhan suka dan tidak  rela barangkali.  namun
saya sedar dan  insaf, daripada membuang masa (maaf) berfikir hal-hal yang
barangkalinya tidak memberikan keuntungan (mungkin untungnya sedikit
sekali dan kepada indidvidu tertentu sahaja)  baik berfikir bagaimana
hendak mengatasi masalah kenaikan harga beras, minyak,  dan sebagaianya.

apa pun dari jauh saya pantau perkara ini.  saban waktu saya teringatkan
kegigihan sdr mantan SU 1 yang cukup konsistan dengan PESISISR.  dan saya
terkejut bila terima SMS mengatakan bahawa PESISIR sudah 4 tahun tak......

kelau kita permudahkan kerja yang berat, ianya menjadi terlalu mudah dan
senang sehinggakan akhirnya kita abaikan tanggungjawab dan lupakan terus
tanggungjawab itu.  lantas hal ini terjadi kepada PESISIR dan akhirnya
PESISIR disahkan........

kalau kita beratkan kerja yang senang, kita akan sentiasa berjaya dan
kejayaan itu tentunya milik kita semua.  untuk kali ini saya akan hadir
mesy.  meskipun dari jauh.   soal jauh sudah tidak menjadi masalah lagi
kerana kita mempunyai kenderaan.  cuma yang utama dalam nubari sekarang,
kenapa harus ada cahya kesultan  dalam PESISIR.  kalau saya berada di
Tumpat, saya tak akan biarkan mesy. PESISIR berlalu begitu sahaja.

Apa pun PESISIR antara persatuan yang banyak lahirkan penulis kalau hendak
dibandingkan dengan persatuan lain.  Penulisnya mempunyai blog yang hebat
dan  kuantiti  novelnya cukup banyak sekali, selain kualiti.  kalau nak
dibandingkan dnegan persatuan lain di malaysia ini, PESISIR merentasi
kemampuan persatuan lain.  marilah kita sama-sama sayangi PESISIR dengan
hadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

* tidak ada duit minyak keneh setiap kali mari mesyuarat?




Kirim email ke