hambatan hidup yang simpang siur ternyata menyulitkan pertemuan pertubuhan 
sukarela meskipun semuanya mempunyai segala kemudahan.  KADANG-KADANG HAL KECIL 
SENGAJA DIBESARKAN, DISULITKAN, DIPAYAHKAN DAN DIJADIKAN ISI PENTING  UNTUK 
TIDAK MENGHADIRKAN DIRI KE MESYUARAT AJK SEHNGGAKAN SUDAH 4 TAHUN PESISISR 
MENINGGAL! 

saya tahu dan faham ini pertubuhan suka dan tidak  rela barangkali.  namun saya 
sedar dan  insaf, daripada membuang masa (maaf) berfikir hal-hal yang 
barangkalinya tidak memberikan keuntungan (mungkin untungnya sedikit sekali dan 
kepada indidvidu tertentu sahaja)  baik berfikir bagaimana hendak mengatasi 
masalah kenaikan harga beras, minyak,  dan sebagaianya.

apa pun dari jauh saya pantau perkara ini.  saban waktu saya teringatkan 
kegigihan sdr mantan SU 1 yang cukup konsistan dengan PESISISR.  dan saya 
terkejut bila terima SMS mengatakan bahawa PESISIR sudah 4 tahun tak......

kelau kita permudahkan kerja yang berat, ianya menjadi terlalu mudah dan senang 
sehinggakan akhirnya kita abaikan tanggungjawab dan lupakan terus tanggungjawab 
itu.  lantas hal ini terjadi kepada PESISIR dan akhirnya PESISIR 
disahkan........ 

kalau kita beratkan kerja yang senang, kita akan sentiasa berjaya dan kejayaan 
itu tentunya milik kita semua.  untuk kali ini saya akan hadir mesy.  meskipun 
dari jauh.   soal jauh sudah tidak menjadi masalah lagi kerana kita mempunyai 
kenderaan.  cuma yang utama dalam nubari sekarang, kenapa harus ada cahya 
kesultan  dalam PESISIR.  kalau saya berada di Tumpat, saya tak akan biarkan 
mesy. PESISIR berlalu begitu sahaja.  

Apa pun PESISIR antara persatuan yang banyak lahirkan penulis kalau hendak 
dibandingkan dengan persatuan lain.  Penulisnya mempunyai blog yang hebat dan  
kuantiti  novelnya cukup banyak sekali, selain kualiti.  kalau nak dibandingkan 
dnegan persatuan lain di malaysia ini, PESISIR merentasi kemampuan persatuan 
lain.  marilah kita sama-sama sayangi PESISIR dengan hadirkan diri ke mesyuarat 
tersebut.

* tidak ada duit minyak keneh setiap kali mari mesyuarat?





    




 

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke