Syabas, dan tahniah , dan bersabarlah saudaraku, moga menjadi semangat untuk
orang lain untuk sama-sama membenteras kejadian tak berhati perut itu, saya
doa Atiff cepat sembuh.
On 4/22/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Masya-Allah dan Alhamdulillah..
>
>
>
> Harap keluarga Mohd Atiff banyak-banyak bersabar, Anaknya akan sembuh tak
> lama lagi. Pada saya Mohd Atiff adalah wira. Dia sanggup gadaikan nyawanya
> untuk selamatkan warga emas dan membanteras kegiatan ragut.
>
>
>
> Harap peragut itu dihadap ke muka pengadilan dijatuhkan hukuman setimpal
> dengan perbuatan kejinya itu.
>
>
>
> Kepada sdr Omardin, saya doakan Mohd Atiff cepat sembuh dan sihat.
> Banyak-banyak bersabar.
>
> --- On *Tue, 4/22/08, Siti Aminah Mat <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> From: Siti Aminah Mat <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Re: { PESISIR } Anak AJK PESISIR Cedera ditikam peragut
> To: [email protected]
> Date: Tuesday, April 22, 2008, 7:58 PM
>
> moga sesiapa yg menzalimi warga emas mendapat balasan Tuhan yg
> setimpal.
>
>
> --- Pada *Sel, 22/4/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>* menulis:
>
> Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
> Subjek: { PESISIR } Anak AJK PESISIR Cedera ditikam peragut
> Kepada: [EMAIL PROTECTED] .com
> Tarikh: Selasa, 22 April , 2008, 3:01 PM
>
> Dimaklumkan sepertimana berita di akhbar hari ini.
>
> Mohd Atiff Afifi Omardin adalam merupakan anak AJK Pesisir Sdr. Omardin
> Bon.
>
> Mohd Atiff ketika catatan ini ditulis masih berada di wad 29 Hospital
> Sultanah Zainab 2.
>
> Semoga Mohd Atiff segera pulih.
>
> Berita dipetik daripada Akhbar Berita Harian hari ini 22 April 2008.
>
> Penghantar surat ditikam peragut
> Oleh Fathil Asri
>
> KOTA BHARU: Seorang penghantar surat sambilan cedera ditikam dengan pisau
> rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas
> dekat Pintu Geng di sini, malam kelmarin.
>
> Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22,
> cedera diperut dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ
> II), keadaan tidak membimbangkan.
>
> Namun, peragut yang menikam Atiff Afifi dengan pisau rambo itu berjaya
> ditangkap rakan mangsa, Mohd Azuan Abdullah, 21, bersama penduduk kampung,
> yang tampil membantu sebaik menyedari kejadian itu.
>
> Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah
> Ibrahim, berkata suspek berusia 28 tahun berasal dari Kampung Pasir Kota,
> Kota Bharu itu, ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326, 379
> dan 511 Kanun Keseksaan.
>
> "Sebelum kejadian, dua suspek bermotosikal meragut barang milik seorang
> wanita yang berjalan kaki sendirian di Jalan Pintu Geng. Ketika itu, Mohd
> Atiff Afifi bersama Mohd Azuan yang menaiki motosikal terdengar jeritan
> wanita terbabit bergegas mengejar motosikal suspek sehingga sampai di
> sebatang jalan mati sebelum dua lelaki itu lari meninggalkan kenderaan
> mereka.
>
> "Mohd Atiff Afifi kemudian bertindak mengejar seorang daripada lelaki
> terbabit sebelum dia ditikam dalam pergelutan yang berlaku. Namun,
> rakannya bersama penduduk kampung yang tampil membantu kemudian berhasil
> menangkap suspek berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.
>
> "Polis sedang mengesan seorang lagi suspek kes itu untuk membantu siasatan
> lanjut kes ragut yang didalangi mereka," katanya selepas melawat mangsa di
> HRPZ II, petang semalam.
>
> Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner
> Mazlan Lazim dan Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd
> Rafar serta pegawai lain turut melawat Mohd Atiff Afifi yang cedera
> ditikam itu.
>
> Amir Hamzah berkata, polis menghargai tindakan berani mangsa yang sanggup
> mengejar suspek walaupun beliau cedera dalam pergelutan yang berlaku.
>
> Bapa mangsa, Omardin Bon, 43, berkata beliau bersyukur kerana anaknya
> selamat, walaupun kecederaan yang dialami pada bahagian perut itu agak
> serius.
>
> "Saya sekeluarga bersyukur kerana keadaannya semakin pulih. Tak sangka,
> dia sanggup mengambil risiko berdepan dengan penjenayah itu demi membantu
> mangsa ragut," katanya.
>
>
> ------------------------------
> <http://sg.rd.yahoo.com/sg/personals/meetic/*http://asia.yahoo.com/meetic/>
> *Live Chat NOW! Love in 1
> Click!<http://sg.rd.yahoo.com/sg/personals/meetic/*http://asia.yahoo.com/meetic/?mtcmk=169248>
> *
>
>
> ------------------------------
> Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
> now.<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ>
>
>
>