...barangkali itulah 'ketidakcerdikan' Melayu dalam berpolitik untuk menentukan 
calon pilihan. Perkara begini bukan sahaja melibatkan kembar di cabang 4 
(sebenarnya kembar cabag 4 dulu sewaktu kecilnya adalah kanak-kanak yang baik 
budi pekertinya - bukanlah pula setelah dewasanya tidak baik), akan tetapi 
mungkin apa yang dikatakan baka dan persekitaran telah menjadikannya 
sedemikian. 
 
Akan tetapi cuba kita berbalik kepada akal dan pemikiran melalui usaha dan 
ikhtiar yang akan menterjemahkan qadha dan qadar. Sudah tentu bukan takdir yang 
harus dipersalahakan. Jadi dalam soal sedemikian bukan sahaja ikon tersebut 
yang perlu dilihat dan dipersalahkan malah ramai lagi mereka yang cetek ilmu 
pengetahuan dan rendah budi perkertinya, apatah lagi yang tidak berpegang pula 
kepada hukum hakam atau garis-garis norma ketentuan dalam penghayatan moralnya. 
 
Dalam hal ini seharusnya timbullah sedikit kesedaran dalam kalangan 'pemimpin - 
dalam menyelesaiakan tugas dan amanah kepimpinan dan kepemimpinannya' untuk 
menyelesaiakan tuntutan hablun minnallah dan tuntutan hanblun minnannasnya, dan 
membawa para penyokong agar tidak lagi berlaku dan berulang apa yang saudara 
bimbangi itu.
 
Tapi yang peliknya, bagi saya kita akan berkata begini pada masa itu., namun 
kita akan berkata begitu pula pada suatu masa yang lain nanti, lebih-lebih lagi 
setelah kita sendiri ikut serta dalam kumpulan yang kita sukai pada masa yang 
kita kehendaki.
 
Jangan nanti kata-kata keramat, "Tidakkan Melayu Hilang diDunia" akan 
meninggalkan Melayu yang layu, Melayu yang kuyu, Melayu yang lesu dan Melayu 
yang merayu......


To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Fri, 25 Apr 2008 18:45:29 
-0700Subject: { PESISIR } TAMING SARI









Pertama kali dapat mengundi, sekitar 1982, saya sungguh gembira sekali.  
Almaklumlah dah dapat bagi undi pada calun yang disayangi meskipun tak begitu 
akrab dengan calun tersebut.  Apa pun ketika itu suara bengis dan bisiang, 
gedeber dan sebagainya, tampar menampar dan tendang menedang dengan pemuda 
tahan lasaknya (parti) , sudah wujud apa lagi dengan “Kembar Chabang Empat” 
yang begitu agresif tapi baik.  
 
Kisah kait mengait poster dengan menggunakan ‘sadat kedah’ (istilah orang 
Kelantan.  Sebilah sabit tajam yang bergerigih matanya dan digunakan buat 
memotong batang padi), ludah meludah kerana bencikan calun dan sebagainya, 
telah saya rasai.   Rakan-rakan yang baik akhirnya menjadi musuh, walhal rakan 
yang baik  itu merupakan waris yang terdekat.  
 
Anak saudara menjadi musuh kepada bapak saudara hanya kerana berlainan fahaman 
politik.  Begitu juga guru dengan murid.  Samalah dengan anak mukim dengan 
penghulu apa lagi anak dengan mentua dan sebagainya.  Masakan mentua tidak 
boleh dimakan menatu yang berlainan calun. 
 
Justeru timbul kebimbangan di hati saya,  apakah situasi kebencian kepada 
rakan-rakan ini akan berulang empat tahun sekali.   Dan apakah kita harus 
berpecah, cantas mencatas, siku menyiku, lutut  melutut hanya kerana hendak 
merebut Taming Sari?

Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. 
 






_________________________________________________________________
Publish your photos to your Space easily with Photo Gallery
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke