Mari kita alihkan perbincangan ke arah kasih sayang , ke arah keharmonian,
ke arah penulisan , tidak ke arah salah menyalahkan peribadi tertentu
biarpun dengan cara yang agak tersembunyi.
Kita tidak mahukan ianya akan mengarah kepada perbincangan yang
membabitkan kurangnya keharmonian apabila balas membalas kemudiannya.
Dalam perbincangan di egroup, sepatutnya tidak ditulis sebaris atau dua
baris kemudian terus disend. Tulislah sekurang-kurangnya lima enam baris .
Ini bertujuan agar egroup tidak menjadi ruang chatting dan yang seakan
dengannya.
Menulis di egroup sama dengan menulis e-mel biasa, cuma ianya dapat dibaca
oleh sesiapa sahaja yang melakukan kata carian yang berkebetulan dengan
topik yang ditulis.
Terima kasih kepada rakan-rakan sekelian kerana mengaktifkan perbincangan
di sini dan ianya sentiasa bermanfaat.
Mohon maaf.
Edi
On Sat, April 26, 2008 9:45 am, hashim latiff wrote:
Pertama kali dapat mengundi, sekitar 1982, saya sungguh
gembira sekali. Almaklumlah dah dapat bagi undi pada calun
yang disayangi meskipun tak begitu akrab dengan calun
tersebut. Apa pun ketika itu suara bengis dan bisiang,
gedeber dan sebagainya, tampar menampar dan tendang menedang
dengan pemuda tahan lasaknya (parti) , sudah wujud apa lagi
dengan âKembar Chabang Empatâ yang begitu agresif tapi
baik. Kisah kait mengait poster dengan menggunakan
âsadat kedahâ (istilah orang Kelantan. Sebilah sabit
tajam yang bergerigih matanya dan digunakan buat memotong
batang padi), ludah meludah kerana bencikan calun dan
sebagainya, telah saya rasai. Rakan-rakan yang baik
akhirnya menjadi musuh, walhal rakan yang baik itu
merupakan waris yang terdekat. Anak saudara menjadi
musuh kepada bapak saudara hanya kerana berlainan fahaman
politik. Begitu juga guru dengan murid. Samalah dengan
anak mukim dengan penghulu apa lagi anak dengan mentua dan
sebagainya. Masakan mentua tidak boleh dimakan menatu yang
berlainan calun. Justeru timbul kebimbangan di hati
saya, apakah situasi kebencian kepada rakan-rakan ini akan
berulang empat tahun sekali. Dan apakah kita harus
berpecah, cantas mencatas, siku menyiku, lutut melutut
hanya kerana hendak merebut Taming Sari?