Kehadiran sdri dan rakan sangat-sangat dialu-alukan. Jangan segan dan silu
kerana semua ajk pesisir dan ahli pesisir yang lain adalah rakan-rakan
sdri semuanya.
Pendaftaran boleh dibuat pada hari bengkel dan ianya percuma . Selamat
datang diucapkan.
Jumpa di SMK Geting pada 10 Mei nanti.
kita adakan 3 program dalam sehari. Turut diadakan ialah pameran Anti
Dadah oleh AADK.
Datang pagi-pagi dan balik petang-petang. Makan tengah hari disediakan.
Minum pagi , kena minum di rumah.
Ediramle Ismail,
Setiausaha 2.
On Sun, May 4, 2008 11:04 am, che manisah che mohd yusof wrote:
Salam...
saya teringin benar utk hadirkan diri...tp sygnya...perasaan segan
menyelubungi diri disebabkan tiada rakan2 yg sy kenali dalam pesisir
ini...
utk pengetahuan tuan...sy sgt berminat utk mendeklamasikan sajak
(walaupun tak pandai sgt)...tp,,,bila tgk jer org bersajak..kecur liur
utk bersajak juga...
Tuan..seandainya kuat semangat saya utk menghadirkan diri ke bengkel
ini...bagaimana caranya yer? adakah sy sekadar perlu datang terus dan
daftar nama pada hari berkenaan? atau kena daftar nama terlebih dahulu?
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
445, BELAKANG BALAI RAYA CHABANG EMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN DN
Tel: 0199157004 Ketua 1 0129032948 - SU2 [EMAIL PROTECTED]
http://www.pesisir.net
29 APRIL 2008
Ke majlis,
Semua Ahli, Rakan-rakan penulis.
Tuan/puan,
BENGKEL PENULISAN DAN DEKLAMASI PUISI PATRIOTIK PESISIR/KELAB SETIA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita tuan/puan dijemput ke Bengkel Penulisan Dan Deklamasi Puisi
Patriotik Pesisir bersama Kelab Setia seperti berikut:
Tarikh: 10 Mei 2008 ( Sabtu )
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kel
Masa: 8.00 pagi 11.30 pagi.
3. Bengkel diadakan bertujuan memberi pendedahan cara-cara menulis puisi
dan cara mendeklamasi puisi yang betul kepada peserta oleh seorang
pembimbing dan 5 orang fasilitator yang tidak asing lagi di Negeri
Kelantan.
4. Dimaklumkan tuan/pn./sdr/sdri. digalakkan membawa sebuah puisi
Patriotik untuk tujuan bengkel.
5. Kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi menjayakan lagi program
anjuran Pesisir dan Kelab Setia ini .
Sekian dan terima kasih.
SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL
(EDIRAMLE ISMAIL)
Setiausaha 2
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
s.k
Ketua 1 dan semua AJK.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.