Tahniah saya ucapkan kepada PESISIR dan sahabat kalian kerana anjurkan bengkel penulisan dan deklamasi puisi. Insya-Allah, dari jauh saya doakan semoga majlis tersebut berlangsung dengan jayanya. Syabas!!
----- Mesej Asal ---- Daripada: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> Kepada: [email protected] Cc: [EMAIL PROTECTED] Dihantar: Ahad, 4 Mei, 2008 10:53:40 Subjek: { PESISIR } Jemputan Bengkel Penulisan dan Deklamasi Puisi Pesisir/Kelab Setia PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR) 445, BELAKANG BALAI RAYA CHABANG EMPAT 16200 TUMPAT, KELANTAN DN Tel: 0199157004 – Ketua 1 0129032948 - SU2 [EMAIL PROTECTED] com http://www.pesisir. net 29 APRIL 2008 Ke majlis, Semua Ahli, Rakan-rakan penulis. Tuan/puan, BENGKEL PENULISAN DAN DEKLAMASI PUISI PATRIOTIK PESISIR/KELAB SETIA Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2.Sukacita tuan/puan dijemput ke Bengkel Penulisan Dan Deklamasi Puisi Patriotik Pesisir bersama Kelab Setia seperti berikut: Tarikh: 10 Mei 2008 ( Sabtu ) Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kel Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi. 3. Bengkel diadakan bertujuan memberi pendedahan cara-cara menulis puisi dan cara mendeklamasi puisi yang betul kepada peserta oleh seorang pembimbing dan 5 orang fasilitator yang tidak asing lagi di Negeri Kelantan. 4. Dimaklumkan tuan/pn./sdr/ sdri. digalakkan membawa sebuah puisi Patriotik untuk tujuan bengkel. 5. Kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi menjayakan lagi program anjuran Pesisir dan Kelab Setia ini . Sekian dan terima kasih. ‘ SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL’ (EDIRAMLE ISMAIL) Setiausaha 2 PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR) s.k Ketua 1 dan semua AJK. Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel http://sg.travel.yahoo.com
