Ketika masih tidak ketemu penyair yang tersembunyi, saya terjumpa salah seorang penyair yang ingin kembali kedunia kepenyairan . Orangnya istemewa sekali , pernah hasilkan cerpen-cerpen yang menarik dan sajak-sajak yang baik.
Dia bukan orang jauh. Orang dekat saja. Tapi beberapa masalah yang dihadapi terutamanya mungkin masalah kekurangan kuasa pendorong menyebabkan penyair yang ingin kembali ini tidak juga kembali. Dia kata ada masalah untuk cari mentor dalam penulisan. Saya rasa terpukul juga kerana saya boleh dijadikannya sebagai rakan penulisan beliau, walaupun tidak boleh dipanggil mentor. Tapi kalau sesiapa sekalipun tentunya tidak sanggup menjadi mentor kepada beliau kerana mengalamai kesukaran untuk berbicara. Beliau alami masalah pendengaran yang serius sehingga sukar untuk berbincang dengannya. Katanya lagi masalah yang lain ialah dia tidak ada kemudahan komputer untuk menulis. Itu memang benar . Zaman sekarang kalau tiada kemudahan komputer agak sukar sikit untuk jadi penulis, walaupun bukan tertutup terus. Hal ini juga dialami oleh seorang pelajar yang saya beritahu sebelum ini, yang telah hasilkan sebuah novel dan puluhan cerpen serta ratusan sajak. Saya kira beliau hasilkan novel itu di siber cafe mungkinnya.Katanya sajak-sajak dan cerpen serta novelnya belum dihantar ke mana-mana penerbit kerana tak tahu cara nak hantar dan cara menyediakan manuskrip. Pelajar ini tentunya akan berjaya kiranya ada kelengkapan yang agak baik. Tapi siapakah yang sanggup membantu. Ediramle Ismail
